CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Masukkan Bendasing Dalam Vagina? - Dr.Amalina Hairan Ramai Masih Percaya Jamu

8-7-2019 03:50 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17716| Komen: 78|Original author: Oleh: Shimmer Shine





Masalah dalaman wanita memang banyak berbanding lelaki. Bermula dengan sakit sengugut ketika didatangi haid, keputihan, berbau dan sebagainya. Disebabkan itu banyak pengusaha produk mengeluarkan barang khas untuk merawat masalah ini menyebabkan ramai pengguna berebut-rebut membelinya dengan harapan mampu mengubati masalah mereka. Ada yang berjaya merawat masalah ini tetapi ada juga yang menyebabkan masalah semakin parah.

Untuk itu, ada yang bertanyakan kepada Dr.Amalina Bakri mengenai penjualan produk intim ini. Amalina sendiri menegaskan sifat vagina adalah membersihkannya sendiri. Tidak perlu pun bendasing sama ada pencuci atau pun jamu yang dimasukkan ke dalam vagina. Malahan dia sempat berpesan supaya wanita merujuk kepada doktor dan bukannya penjual jamu!


Foto : IG

Foto : IG

Mendedahkan majoriti wanita tidak memahami proses biologi diri sendiri menyebabkan mereka dengan mudahnya tertipu oleh pengusaha produk ini yang menawarkan cerita bohong semata-mata. Sedangkan keputihan vagina adalah normal selagi ia tidak berubah tekstur, warna dan baunya. Ketidakpekaan wanita ini memudahkan lagi pengusaha produk memanipulasi wanita yang tidak tahu ini demi mendapatkan duit yang banyak!

"Begitu juga dengan kentut vagina. Ia adalah normal. Cuma perhatikan jika anda mengalami
sakit di bahagian abdomen ketika seks, vagina berbau luar biasa atau keputihan melampu, maka
perlu merujuk doktor kerana mungkin ada masalah pada usus, rahim dan lain-lain."



Kredit foto: IG

Selain soalan mengenai keputihan, Dr.Amalina turut berpesan kepada semua wanita untuk tidak memasukkan Vitamin C melalui kaedah 'drip' walaupun yang melakukannya adalah seorang jururawat. Ini kerana ianya adalah melanggar peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nampaknya, ramai antara dari kita yang tidak belajar mendalam mengenai biologi tubuh sendiri sehingga beranggapan memerlukan bantuan produk luaran untuk membantu badan pulih. Sedangkan ianya berlawanan dengan sifat organ itu sendiri yang membaikpulih dari dalam. Jadi, kepada wanita di luar sana, banyakkan membaca serta bertanya kepada pakar ya, bukannya pakar jamu yang hanya bertujuan melariskan produknya. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • ariean


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-7-2019 03:56 PM
Kena jaga vejeje anda utk elak bau macam ikan masin
Quote CiliPadiSedap 8-7-2019 04:20 PM
bau ikan masin salmon tu normal lah. bodo punya laki tak pernah bau vagina.  ni sibuk masuk ulam masuk belacan acah2 jamu bagi hilangkan bau ikan masin. kasihan sis vokuru
Quote pac4 8-7-2019 04:25 PM
Hhahahaaa gelak aku baca komen
Quote EvieWanKenobi 8-7-2019 04:26 PM
bila agaknya masyarakat akan sedar
dan berhenti membeli produk2 mengarut..
Quote rospinki 8-7-2019 04:35 PM
bkan ke vijay ni ikut nature tuan punya vijay itu..like some pompuan bau badan kuat maka mesti vijay dia kuat mengeluarkan bauan. jgn makan benda bau2 kalu belacan pun biar dibakar dulu..ikan masin sbginya tu mmng lauk wajib belah2 indon aku tk pelik. tu sebab belah sana mcm2 jamu utk penjagaan vijay. sebenarnya ia mudah..selalu minum air putih dan jaga kebersihan. tk perlu taruk jamu macam2.
Quote tupperwarepink 8-7-2019 04:37 PM
ironinya founder jamu tersohor bercerai berai juga. Katanya if x beli product dia nanti laki lari
Quote sufi^_^ 8-7-2019 04:43 PM
tupperwarepink replied at 8-7-2019 08:37 AM
ironinya founder jamu tersohor bercerai berai juga. Katanya if x beli product dia nanti laki lari

Malangnya ramai wanita punya bebal tak boleh nak process this simple logic. Normal vaginal discharge pun takut sangat keputihan katanya.
Quote isseliparjepun 8-7-2019 04:47 PM
rospinki replied at 8-7-2019 04:35 PM
bkan ke vijay ni ikut nature tuan punya vijay itu..like some pompuan bau badan kuat maka mesti vijay ...

Yup. I setuju. Minum air putih yang mencukupi sangat membantu badan untuk flush away all the toxins dari badan kita. Kalau bau tu, rajin rajin la tukar panties or material panties tu kadang kadang mempengaruhi kot (my two cents). Kawan i insert sebiji jamu/maajun kat dalam miss vejayjay and she said keluar hitam hitam lepas tu. When we asked dia kata itulah kotoran saki baki period kita tersangkut. Hmm
Quote RatuDunia94 8-7-2019 05:22 PM
Mcm ketiak la..  ko spray lah deodorant 5 botol tp tetap berbau kepam selagi ko x ubah gaya hidup n pemakanan.. bau2 tu kan berpunca dr dalam badan.. apatah lg pepek..
Quote KIM.K 8-7-2019 05:30 PM
Tak paham tahap sekular Dr.Ubat Tinggi ni, you baca forum pastu merempan ke. Nampak benor anak freemason

You tau plak kalau vajayjay berbau ada masalah. So ilmu perubatan lama dah ajaq jangan tunggu bau, yis bertamu dan white discharge berkerak bagai dalam Miss V.

Bukan kerak keputihan je tebal dalam tu, darah kotor, darah nifas sangkut pun boleh jemput fibroid/PCOS. Btw darah kotor Nilah yang buat ibu meroyan. Rahim kena bersih

Sorry lah you Dr.Ubat Tinggi tak baca paper pun time buka mulut. Low class bodo. I always ingat dia ni kutuk ubat tinggi tapi dah publish pon latest paper yang adult boleh stimulate jadi tinggi kuar jurnal Nature. Ko sapa nak cabar high impact jurnal. Ada gene boleh manipulate jadi tinggi. Sebabtu retis Korea makin tinggi

Ada hadis Bukhari dan Muslim yang mengajar bahawa you nak tau dah boleh mandi wajib lepas haid, lumur kapas dengan minyak kasturi, INSERT dalam faraj dan bersihkan. Repeat sampai takde darah, boleh mandi. Indonesia pun tau dan ada minyak kasturi jenama THAHARAH untuk insertion

Selamat dan melebur benda kotor dalam faraj. Orang melayu cuma belajar dari situ dan kembangkan ilmu. Aku just doubt Dr.UbatTinggi ni ada agenda. Tak paham kualiti ilmu dia nak offer kat public
Quote Artemesiaa 8-7-2019 05:58 PM
Bila tak tahu tentang sesuatu perkara dengar pulak nasihat dari mereka yang bukan pakar yang hanya tahu nak lakukan product mereka jadi ramailah yang jadi mangsa penipuan
Quote nazzse 8-7-2019 06:16 PM
Berapa ribu kali diingatkan, dibagi nasihat tetap tak faham org2 kita ni, tetap nak jolok masuk jgk... Tu lah org suruh pegi sekolah bljr sains ko malas, dok follow retis, instafemes2 dok promote product sampah... Dieorg dapat duit makin kaya, korang dpt penyakit free2
Quote merissa 8-7-2019 06:20 PM
isseliparjepun replied at 8-7-2019 04:47 PM
Yup. I setuju. Minum air putih yang mencukupi sangat membantu badan untuk flush away all the toxin ...

berani nyaaaa INSERT jamu kat dalam tu
Quote nono86 8-7-2019 07:21 PM
Tu Dr dah cakap tu, tak paham jugak mmg sia2 sekolah. Mesti sentap pengusaha produk sekalian, konon nak jatuh kan bisnes sesame meLAYU.
Quote ekselen 8-7-2019 07:30 PM
Kekeke...penjual2 tu dah level lebih dr doc sbb tu segala ummah manusia percaya kt diorg...ai apa2 sakit akan pegi carik doc dulu bkn ubat2 yg tatau ujung pangkal ni...most doc kat klinik/hosp perubatan tu bertauliah...bkn simply mcm penjual ubat2an or produk2 ss nih...at least docs diiktiraf kkm dan mereka belajar utk jadik doc bkn main hentam gitu je...
Quote clarizsa 8-7-2019 08:01 PM
Tapi doctors ni i x berapa suka nasihat depa yg hmmmm
Contohnya jgn cuci vagina dan jgn cuci telinga

Apakah

Cucilah tapi kena hati2

Gilalah tak cuci pstu dok harap mnde alah tu cuci sendri?

Even kucing pun kita kena cuci telinga dia n kucing jilat cuci anu dia x biar berkerak cmtu je

Hish
Quote clarizsa 8-7-2019 08:05 PM
Tapi i x setuju lah bab sumbat benda2 dalam vagina tu kecuali ubat yg doc bagi

Bahaya

Just cuci bersih daki2 luaran pun dah okay

Lepas kencing berak tu lap la bagi kering
Kalau yg jnis x pakai air tu eloklah lap juga dgn wet wipe pstu lap dgn tisu kering
Asalkan bersih lah

Jangan malas sgt

Jijik tau
Quote mbhcsf 8-7-2019 08:09 PM
Edited by mbhcsf at 8-7-2019 08:10 PM

pada i betullah tu , DO NO HARM to your body.

setengah org ingatkan jamu ke ape macam pessary , to be honest kan kita dalam quran disaran menjaga 'kemaluan' kan daripada buat dosa lah itu pemahaman pertama , dan pada i kita jgn buat benda yg bukan bukan juga pada anngota sulit.

elakkan mudarat.
dont overdo things.

kalau discharge yg normal , okaylah m yg tak normal then pergi jumpa , could be yeast or  what .


it is okay

tapi nak masukkan benda asing  kena tanyalah pakar  gynae, especially yg ada kaita dengan kasturi tu , just ask yg pakar .



Quote Nurul8001 8-7-2019 08:20 PM
clarizsa replied at 8-7-2019 08:01 PM
Tapi doctors ni i x berapa suka nasihat depa yg hmmmm
Contohnya jgn cuci vagina dan jgn cuci teling ...

Yang isu cuci telinga nih.
Saya pelik jugak. Bukankah ada kes taik telinga keras. Dah jadi satu kes pulak nak kena rawat bagai. Padahal benda tu boleh dicegah.
Kami adik beradik, elok sampai sekarang telinga kami ni. Bersihkan telinga bila rasa perlu, tapi takla jolok dalam.

Apapun, penggunaan jamu yang insert2 bagai ni, saya tak sokong. Bahaya tu. Tapi kalo cuci guna lactacyd tu, ada saya buat tapi takdela hari-hari. Yang penting pastikan "daerah" tu kering

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.104971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top