CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penat Layan Kerenah Influencer, Penjual Ais Krim Minta Mereka Bayar 2 Kali Ganda

9-7-2019 04:34 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6995| Komen: 51|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Joe Nichi sudah penat melayan kerenah ikon media sosial yang meminta ais krim percuma sebagai balasan kepada publisiti yang diberikan oleh mereka. Kredit foto: Joe Nichi / SWNS & ABC News 


Pada masa ini, banyak perniagaan menggunakan khidmat ikon media sosial atau 'social media influencers' untuk melariskan produk atau perkhidmatan mereka melalui platform Facebook atau Instagram.

Habuan yang diterima pula terdiri daripada wang tunai atau sekurang-kurangnya produk atau perkhidmatan percuma yang diberikan oleh usahawan.

Namun, tidak semua ahli perniagaan yang kemaruk untuk mendapatkan khidmat ikon media sosial dan salah seorang daripadanya ialah penjual ais krim, Joe Nicchi dari Los Angeles, Caifornia, Amerika Syarikat.


Memetik laporan Mirror pada 4 Julai, pengusaha trak ais krim CVT Soft Serve yang berusia 38 tahun itu sudah bosan dengan permintaan ais krim percuma daripada individu-individu yang mendakwa mereka adalah ikon media sosial.

Joe menyediakan ais krim yang dipesan oleh pelanggannya. Kredit foto: Joe Nichi / SWNS

Katanya, mereka berbuat demikian sebagai balasan untuk menyiarkan gambar ais krim coklat dan vanila CVT Soft Serve dalam laman Instagram atau Facebook masing-masing.

"Saya sudah letih. Jadi saya membuat papan tanda yang menyatakan bahawa sesiapa yang mendakwa mereka ialah ikon media sosial akan dikenakan bayaran dua kali ganda daripada harga asal ais krim.

"Saya melakukannya pada Ahad lalu (30 Jun), dan salah seorang daripada pelanggan saya menyiarkannya dalam Reddit dan ia diundi ke muka depan," jelasnya.

Benarkah pengaruh ikon media sosial berupaya melariskan produk atau perkhidmatan? Kredit foto: C & IT

Dia juga menganggap ikon media sosial tidak mempunyai pengaruh yang sebenar kerana sesiapa sahaja boleh membeli pengikut, komen dan tanda 'suka'.

Joe yang berasal dari New York turut menganggap ikon media sosial sebagai sesuatu yang mengarut dan perbuatan mereka mendakwa mempunyai jumlah pengikut yang ramai hanya memalukan diri sendiri.

Tidak semua usahawan memerlukan khidmat ikon media sosial dan pandangan Joe itu mungkin ada benarnya. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 9-7-2019 04:43 PM
'social media influencers'
nengok mcm jenis suka makan free je gang2 ni,
dapat free sample, dpt invitation food tasting masa bulan puasa, mmg best privelilage yg depa dapat, tp klu yg takat suam2 kuku tu sedih noks, takat promot kt kawan2 n family jerh...
Quote Kurex 9-7-2019 04:45 PM
Ig aku ada 200 followers je weh
Quote Themilo 9-7-2019 04:49 PM
hahaha! bagus tu! influencer jadah apo..

tiap kali review caj, masuk instastory caj, masuk feed caj lain.. lepas 2-3 hari, padam posting kat feed..

Quote Artemesiaa 9-7-2019 04:50 PM
Acah nak dapat makan free benda free je mereka ni kalau tak bagi gigih nak buruk2nya pula.  Syabas buat peniaga ni buat tindakan bijak agar tak ada yang cuba ambil kesempatan.
Quote matchstick 9-7-2019 04:52 PM
Hahaha I like.. Kalau ada kt Malaysia ni aku dh pegi dh beli aiskrim dia.. Buat mcm ni lg luas publicity dia dpt
Quote asudau 9-7-2019 04:54 PM
kalau instafames iklankan sesuatu produk tu..lagi la aku tak beli..sebab depa punya review bukan ikhlas pun..semua nya kena bayar
Quote rosasen 9-7-2019 05:01 PM
bagus..aku sokong!
Quote kucingitam 9-7-2019 05:06 PM
ye..aku pun tak pernah percaya la kalau review by artis ke, sapa ke...sorry
Quote imransulaiman 9-7-2019 05:23 PM
Kurex: Ig aku ada 200 followers je weh


Kira ok dah tu.. IG aku followers ada belas je...pending request ada ratus...malas nak approve.. Hahaha

Quote momopoko 9-7-2019 05:25 PM
manehnya replied at 9-7-2019 04:43 PM
nengok mcm jenis suka makan free je gang2 ni,
dapat free sample, dpt invitation food tasting masa  ...

lagi keji kalau dah dapat free sample pi jual balik kat followers
Quote CiliPadiSedap 9-7-2019 05:40 PM
Kurex replied at 9-7-2019 04:45 PM
Ig aku ada 200 followers je weh

199 tu akaun sis vokuru
Quote Kurex 9-7-2019 05:44 PM
CiliPadiSedap replied at 9-7-2019 05:40 PM
199 tu akaun sis vokuru

bugis dum, follow vokuru, cukupkan followers vukuru genap 200 macam aku
Quote ainashiqa 9-7-2019 05:59 PM
Aku sokong betul!
Quote MsKathryn 9-7-2019 06:01 PM
Instafamous ke influncer smue acah2 good je.. bosan
Quote crazybeach 9-7-2019 06:22 PM
gigih iols google joe nicchi ni rupanya beliau dulu jadi pelakon jua walaupun sendu. nah gambar beliau yang iols rasa nampak helokk tasty jugak la gituh





Quote crazybeach 9-7-2019 06:33 PM
tapi nape bila dah jual aiskrim ni nampak busuk kepam benor. anyway since aiskrim yang kau jual tuh nampak sedap, iols nak tahu kau punya aiskrim pulak adakah sedapp #pastisenak juaa?? open for order ke idokk
Quote nono86 9-7-2019 06:41 PM
Bagus. Ajar sama depa, asik nak free ajer
Quote mistified 9-7-2019 07:10 PM
Setuju aje.influencer ni amik kesempatan aje.semua nak free.pastu acah2 hidup ala2 rich and famous.
Quote giyomi 9-7-2019 07:18 PM
betul tu, yg ssh cari duit si peniaga, senang2 (ikon socmed) kekonon wat promo. tolong lar bijak wahai malaysian, without this ppl, you can still go far melainkan ianya krim timbang kilo, then pilih jer artis or makcik2 kepam

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.216926 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top