Rasanya semua orang pernah dengar nasihat ini: "belajarlah tinggi-tinggi, kita bukan orang senang, nanti masuk universiti keluar dapat kerja gaji besar boleh tolong mak ayah."
Tapi, dalam zaman ramai orang masuk universiti, nasihat ini sebenarnya dah tak boleh pakai. Ramai orang belajar tinggi tak mampu kerja bergaji tinggi dan tolong keluarga. Dan sebenarnya perkara ini bukan mitos atau sengaja dibuat-buat.
Berita Harian melaporkan yang sebahagian besar penggangur yang berpendidikan tinggi sebenarnya berasal daripada keluarga miskin (B40). B40 adalah keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan. Memetik kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015, untuk graduan yang emak dan ayahnya bergaji bawah RM1,000 sebulan, 43% (pemegang diploma) dan 28.1% (ijazah) menganggur. Manakala, untuk anak yang mak ayah yang bergaji antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan pula, 30.9% (diploma) dan 22.2% (ijazah) menganggur. Untuk mak ayah bergaji antara RM3,000 hingga RM5,000 pula, anak-anak mereka yang belajar tinggi 18.6% (diploma) dan 18.5% (ijazah menganggur). Malah, trend sama juga dikesan dalam kajian pada 2017 dan 2018. Pendek kata, kebanyakan yang menganggur adalah anak-anak orang miskin yang belajar tinggi. Tak, kajian ini bukan nak salahkan mak ayah. Kajian ni nak buktikan pandangan yang pendidikan akan mudahkan kehidupan orang miskin sebenarnya dah tak boleh pakai. Itulah situasi yang berlaku sekarang, menyedihkan betul. Adakah punca anak orang miskin ini tak dapat kerja kerana mereka tidak pandai bergaya, berkomunikasi dan bercampur dengan persekitaran kerja yang tak sesuai dengan mereka? Atau ada punca lain sebenarnya? - CARI |
yuki812 replied at 31-7-2019 08:12 PM
kesimpulannya...mak bapak lah kena memandaikan diri gitu kerr...
mak apak yg kena ubah diri...uba ...
Malaysia.Doom replied at 1-8-2019 01:12 PM
Sebab tu penting anak orang luar bandar Dan miskin hantar anak ke Sekolah Rendah Jenis Cina.
Jang ...
blekkep replied at 1-8-2019 01:16 PM
Btol..ptg gi lar skolah agame...balance.
Malaysia.Doom replied at 1-8-2019 01:20 PM
Melayu kena bebas Kan Pemikiran mereka dari Feudalisme dan Racism.
Benda nilah ribuan tahun d ...
Malaysia.Doom replied at 1-8-2019 01:12 PM
Sebab tu penting anak orang luar bandar Dan miskin hantar anak ke Sekolah Rendah Jenis Cina.
Jang ...
Malaysia.Doom replied at 1-8-2019 01:12 PM
Sebab tu penting anak orang luar bandar Dan miskin hantar anak ke Sekolah Rendah Jenis Cina.
Jang ...
ADVERTISEMENT