CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Mengaku Salah Guna Gambar Kahwin Bella Dally, Sheila Rusly Mohon Maaf..

9-7-2019 04:11 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 8536| Komen: 26|Original author: Oleh: SakuraJo

Pelakon dan juga model Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally baru-baru ini meluahkan rasa kurang senangnya atas tindakan produksi JS Picture kerana menyalah guna gambar kahwinnya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop dalam drama terbitan mereka iaitu Silang.



Drama lakonan Nazim Othman dan juga Emma Maembong itu menjadi bahan bualan warga maya apabila mereka menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena pada gambar Emma yang telah disunting sehingga sampai ke pengetahuan Bella. 

Kredit foto : Beautiful Nara


Terima mesej daripada rakan dan peminat tentang gambar kahwin disunting, tukar wajah Bella kepada Emma. 

Kredit foto : Beautiful Nara

Menerusi status yang dimuat naik oleh Bella ke Instagram miliknya semalam, Bella mengakui menerima banyak mesej daripada rakan, keluarga dan peminat berhubung isu tersebut. 

Kredit foto : Beautiful Nara

Tambah Bella, sejurus mendapat tahu mengenai perkara tersebut dia segera menghubungi sendiri pemilik produksi tersebut iaitu Sheila Rusly untuk mendapatkan kepastian. 

Sheila akui kesilapan dan mohon maaf kerana tidak sensitif tentang perkara tersebut.

 
Kredit foto: Beautiful Nara

Pekerja yang bertanggungjawab melakukan suntingan prop tersebut turut memohon maaf kepada Bella.

Kredit foto : Beautiful Nara

Bella juga berharap agar perkara sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan telah memadam postingnya.

Apa pun diharap pihak produksi tidak memandang enteng perkara-perkara yang boleh mengganggu sensitiviti orang lain dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikenet76 9-7-2019 04:24 PM
kihhhh...padan ler muka JS pictures...selalunya cepat jer ahkak shila mlenting kan

Quote matchstick 9-7-2019 04:44 PM
Bagus Bella ni.. X puas hati pun cantik je susun ayat. So cyst pun jawab elok2

(opkos lah jwb elok2 kan.. Dh buat salah)
Quote didinfriends 9-7-2019 05:16 PM
Camni bagus. Terus WhatsApp. Xde merempan dalam ig dulu.
Quote cikatilia 9-7-2019 05:17 PM
haha
benda boleh dielakkan kot

mmg cari nahas
Quote nono86 9-7-2019 05:21 PM
Mungkin dia mintak kebenaran lagi ex laki. Ex laki pulak tak bg tahu sbb xtak nak kacau ex wife br kawin. Mungkin sajo...
Quote Miss.Rara 9-7-2019 05:49 PM
hahahhaha...

Sis dan jinggo org bertahun pengalaman kot dalam industri ni..

depa sendiri yang direct dan ada depan monitor sepanjang masa shooting...

awat tak alert pasal benda ni...

depa yang approved kan propman untuk edit gambar kawin tu dan depa jugak biarkan cameraman ambil shot angel tu... kena laa minta izin kedua kedua pemilik gambar sebelum apa apa...

pastu minta maaf gitu jer kaa.. ko yang approved, ko suruh pulak propman ko pun minta maap?? hahahhaha

tapi baguih laa propman pun bertanggungjawap minta maap jugak...
Quote Lalalanad 9-7-2019 07:20 PM
Sheila rusly ni bila orang kata cerita dia low cost asal siap je, dia melenting. Dha terbukti mmg hasil kerja dia ni asal siap je tayang sampai gambar kahwin pun edit je removekan muka bella and ganti ngn muka heroin tuihh
Quote Mary_jane 9-7-2019 10:29 PM
Dia main edit je muka orang kat gambar tu. Betul2 save bajet ni.
Quote mily 9-7-2019 10:33 PM
kadang bkn ingat tu gamba kawen org pun...mybe dia ingat propmaster dia copy paste gambo muka je kay mana2 wedding picture
Quote esbok 9-7-2019 11:05 PM
Angle camera tu mmg focus frame gamba. Few times scene frame gamba ni. Makanya, perkahwinan itu bukan satu permainan. Gamba kosong bagi sesetengah orang, tapi luka lama pada yang lain. Selamba ya ya je
Quote cicicumel 10-7-2019 12:00 AM
nazim yg berlakon drama tu kan dia pon x kisah.. hahahha
Quote Linopot 10-7-2019 12:30 AM
elok je bella ni.. Xde nak besar2 kn benda tu.. Sis n propman minta maaf dia trus ok.. Case settled.. Kalo org lain.. X tau apa jadi..
Quote ReginaGeorge 10-7-2019 06:07 AM
Kerja boleh jadi senang, buat apa susah.. Katanya lah.
Quote rosaya 10-7-2019 12:16 PM
Sangkakkkkk
Quote namieamuro 10-7-2019 12:24 PM
name je retis yg dh senior n lame dlm industri..tp tetap la isu cenggini takde rase sensitif..cube kalau org edit gmbar die dgn tok die tu dgn org lain..ape sistur rase
Quote biozipstar 10-7-2019 01:16 PM
alahai pemalasnyaaaaaalahai  sis shila ni
Quote kodoksilver 10-7-2019 01:37 PM
kihkihkih, jimattttttttt. tp iolss rasa propman ni dah tanya nazim kot. cuma tak tanya bella. tu yg jadi isu
Quote mamaneesa 10-7-2019 01:55 PM
haihhh...nampak sangat x pronye sheila rusly ni. boleh lepas pandang benda2 gini, mustahil tak tau kan...

kata dh lama dlm industri, benda mcm ni pun xleh pikir sensitif ke x pada tuan punya gambar...
Quote AshkieLa 10-7-2019 02:36 PM
tp bukan bende baru kan.. just jadi isu sbb bella n nazim dah not together... so ade isu sensitivity di situ.

sbb pernah nampak gambar kahwin amyra rosli dgn amar jadi props gak..
diorg ubah muka amar jadi hero yg berlakon citer tu or dua2 muka diorg ubah jadi hero n heroin citer tu.. tp dah tak ingat plak citer ape...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.131996 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top