CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Missing 411 The Hunted: Filem Dokumentari Kehilangan Penuh Misteri Di Hutan Amerika Syarikat

15-7-2019 01:10 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 9329| Komen: 24|Original author: Oleh: CSuy

Pernah tak terbaca siri buku yang berjudul Missing 411 oleh seorang pengarang bernama David Paulides?
Bekas detektif polis ini cuba merungkai misteri kehilangan ramai individu di kawasan hutan simpan di Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya, beberapa Caritizen juga pernah membangkitkan fenomena missing411 ini di forum Cari. 

Apa maksud missing411 tu sebenarnya? Memetik kamus digital Urban Dictionary.com, angka 411 digunakan dalam pertuturan seharian masyarakat AS apabila mereka memerlukan maklumat.

Contohnya seperti, "Hello, what's the 411?" yang bermaksud: "Hello, apa [maklumat] yang anda perlukan?".


Dipercayai, missing411 digunakan untuk merujuk kepada kes kehilangan yang masih memerlukan maklumat dari orang awam.

Baru-baru ini, sebuah filem dokumentari yang berjudul Missing 411: The Hunted telah dilancarkan secara atas talian oleh penerbit bersama, David Paulides dan Michael Degrazier. Menerusi pendekatan secara visual, filem ini cuba menerangkan ciri-ciri aneh yang menjadi titik persamaan pada kesemua kes-kes yang dibincangkan di dalam siri buku Missing 411.

Kredit Foto: Laman Sesawang IMDB

Filem yang hanya dijual secara digital menerusi iTunes, Amazon, Google Play dan Vimeo ini turut membawa penonton ke lokasi sebenar beberapa kes kehilangan misteri yang terkenal di AS. Yang mengejutkan, ia membincangkan hasil analisis ke atas beberapa material 'aneh', seperti rakaman bunyi percakapan beberapa makhluk yang dipercayai makhluk Bigfoot di kawasan pergunungan Sierra Nevada pada tahun 1974.



Apa kaitannya bunyi-bunyian aneh ini dengan kes-kes kehilangan yang berlaku? Ini kerana bunyi-bunyi tersebut dirakam di kawasan yang ditandakan sebagai salah satu kelompok kehilangan ramai individu di hutan AS.

Kredit Foto: Portal CanAm Missing Project

Melalui analisis ke atas beribu-ribu kes kehilangan individu, Paulides akhirnya menumpukan perhatian terhadap 185 kes yang memiliki profil yang hampir sama. Memetik laman sesawang Pertubuhan Penyelidikan Saintifik UFO (MUFON) Orange County, hasilnya, Paulides menemui 52 kelompok lokasi yang melaporkan kehilangan tertinggi individu di AS. Bukan itu sahaja, beliau mengenalpasti beberapa titik persamaan yang ditemui dalam 185 kes ini.

Antaranya, mangsa-mangsa hilang di kawasan hutan atau berbatu yang berhampiran dengan kawasan berair.

Selain itu, mangsa seringkali gagal mengimbas kembali pengalaman mereka dengan jelas.

Kebiasaannya, anjing-anjing pengesan serta alat pengesan haba badan (FLIR) gagal mengesan jejak mangsa, dan apabila mangsa dijumpai (hidup atau mati), mereka berada di lokasi yang telah dicari berulang-kali oleh pasukan penyelamat (SAR).

Yang paling aneh, jika mangsa seorang anak kecil, mereka dijumpai di lokasi yang agak mustahil, seperti di tebing yang tinggi atau pada jarak yang terlampau jauh dari lokasi asal. Meskipun jasad mereka berada dalam keadaan sempurna, ada pakaian mereka yang hilang tanpa sebab yang munasabah. 

Antara kes klasik missing411 adalah kes kehilangan adik Dennis Martin yang hilang pada 14 Jun, 1962 di hutan Great Smoky Mountains National Park, Tenesse, AS.

 
Kredit Foto: Blog StrangeOutdoors.com

Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang disenaraikan oleh Paulides dalam lapan buah buku Missing 411 yang diterbitkan sejak tahun 2012.

Kredit Foto: Majalah Digital Skeptical Inquirer

Bukan ulat buku? Tak mengapa. Filem Missing 411: The Hunted ini yang memakan masa sebanyak 1 jam 37 minit mungkin boleh mendebarkan hati anda!


Adakah ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Paulides, atau ianya hanyalah sekadar fenomena yang dimanipulasikan untuk tujuan komersil?

Agak-agaknya lah kan, ada tak kes-kes kehilangan manusia di negara kita yang menepati profil missing411 ini? - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-7-2019 01:43 PM
mcm best. kena baca n tgk ni.
Quote gigihadid 15-7-2019 02:13 PM
Menarik.. Nnt nk cri buku die..
Quote awanearisu 15-7-2019 03:40 PM
Salah satu buku missing411, versi elektronik boleh dimuat turun di benang Reddit ini:
Reddit - Unexplained Phenomena Exists..
Quote ainashiqa 15-7-2019 05:00 PM
Menariknya..
Quote ainashiqa 15-7-2019 05:00 PM
Menariknya..
Quote Rob07 16-7-2019 12:57 AM
Interesting!  Wajib tengok nih
Quote rosasen 16-7-2019 07:57 AM
ok i like this one..boleh cari movie ni..
Quote siput_gondang 16-7-2019 12:49 PM
I loike! menarik ni!
Quote cikputih15 16-7-2019 01:52 PM
blh masuk list ni
Quote ninja boy 17-7-2019 07:47 PM
Wah menarik utk dibaca
Quote Dewa19XKangen 18-7-2019 05:52 PM
menarik..
Quote QueenIsolde 19-7-2019 08:13 PM
Edited by QueenIsolde at 19-7-2019 08:26 PM

Mesti jdi korban ritual geng2 freemason/illuminati..dorg pun buat ritual kt hutan simpan, bohemian groove klu tak silap
Quote VieJane 22-7-2019 02:59 PM
Terima kasih tt share topic Missing 411 ni.. tertarik dgn fakta tu semua, jadi dgn tidak membuang masa, saya dah pun tengok full movie "Missing 411 Thd Haunted".. memang terbaik..

Lepas tu saya ingat nak order novel Missing 411 kat Amazon, tapi x da stock plk huhu sabo je lah..
Quote pac4 22-7-2019 04:25 PM
Bagus lah. Nak cari la buku dia nnti
Quote masayuki 23-7-2019 01:23 AM
VieJane replied at 22-7-2019 02:59 PM
Terima kasih tt share topic Missing 411 ni.. tertarik dgn fakta tu semua, jadi dgn tidak membuang ma ...

Tengok dekat mana ya?
Quote VieJane 23-7-2019 02:30 PM
pac4 replied at 22-7-2019 04:25 PM
Bagus lah. Nak cari la buku dia nnti

Saya ada check kat website Kinokuniya, tapi buku tu unavailable .. kat kedai buku yang lain x pasti ada juak ke tak.. huhu  
Quote VieJane 23-7-2019 02:34 PM
masayuki replied at 23-7-2019 01:23 AM
Tengok dekat mana ya?

Saya tgk kat link di bawah:-

https://123movies.dj/stream/missing-411/2720/
Quote pac4 23-7-2019 02:56 PM
VieJane replied at 23-7-2019 02:30 PM
Saya ada check kat website Kinokuniya, tapi buku tu unavailable .. kat kedai buku yang lain x past ...

Alamak kalau tengok movie mesti tak best and detail macam dalm buku kan
Quote VieJane 23-7-2019 03:39 PM
pac4 replied at 23-7-2019 02:56 PM
Alamak kalau tengok movie mesti tak best and detail macam dalm buku kan

Yup, klu dpt baca buku tu mesti puas hati sbb boleh baca semua details.. huhu tapi susah lah nak cari kat kedai buku sbb buku tu dah diterbitkan beberapa tahun lepas..

Klu @pac4 dapat cari buku tu, nti blh lah share ngn kami yea, beli kat mana n etc..  

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045137 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top