Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho, 32 tahun, baru sahaja dilantik secara rasmi sebagai Duta bagi Institut King Sejong bagi tujuan mempromosikan Bahasa Korea dengan lebih meluas lagi.
Institut King Sejong pada asalnya ditubuhkan oleh kerajaan Korea Selatan sebagai medium pembelajaran bahasa Korea, khususnya kerana semakin ramai bangsa luar yang berminat mempelajari bahasa ini. Maka, penubuhan institut ini adalah satu inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan Perdagangan Korea Selatan. Sehingga kini, institut King Sejong berjaya diperluas sehingga ke 180 lokasi di 60 buah negara, dengan pelajar yang berjumlah 60,000 orang. Institut King Sejong juga dibuka di Malaysia. Justeru, Lee Min Ho dipilih menjadi duta kerana dia merupakan ikon pilihan Korea Selatan yang paling diminati bukan sekadar di negara itu, bahkan turut popular di peringkat antarabangsa. Berikutan pelantikan itu, Lee Min Ho akan terlibat dalam penghasilan pengisian pembelajaran bahasa Korea. |
apedehal replied at 11-4-2020 01:24 AM
Oppa dlm legend of blue sea cair sgt..tp dlm the heirs tu bosan..ke sbb citer tu bosan namatey..woo ...
makita replied at 7-5-2020 07:08 AM
Dorg mcm cium pokok kan...kejung mcm buat cukup syarat je
ADVERTISEMENT