Seronoknya melihat keluarga bahagia Ashraf Sinclair bercuti ke ke Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur. Kelihatan Ashraf begitu gembira dapat meluangkan masa bersama isteri, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak mereka, Noah.
Semakin ramai yang cemburu apabila melihat Instagram mereka dipenuhi foto berlatarbelakangkan panorama indah di negara jiran itu. Pun begitu, segelintir pengguna media sosial tidak senang dengan aksi mesra dipaparkan pasangan itu. Bagaimanapun, ramai warganet dilihat menyebelahi mereka dengan mengatakan suami isteri itu bebas berkelakuan mesra sedemikian. Namun, ada juga menempelak komen itu dengan mendakwa pasangan berkenaan tidak seharusnya memaparkan keintiman mereka untuk tatapan umum, apatah lagi di hadapan anak mereka yang masih kecil. Malah, penampilan seksi BCL turut menerima komen negatif ramai.
Tidak kurang juga menyelar tindakan Ashraf yang membiarkan isterinya mempertontonkan tubuh kepada khalayak. Biar je, suaminya sendiri suka...
Dah suaminya sendiri merelakan dan nampak seperti suka saja apabila tubuh isterinya ditayang begitu, siapalah netizen untuk menentukannya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|