CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan Durian Tapi Tak Tahu Pilih? Ini Tip Mudah Untuk Anda

22-7-2019 10:45 AM| Diterbitkan: atuljumat| Dilihat: 3392| Komen: 14|Original author: Oleh: LurveTeddy

Setiap hari, di mana-mana ada saja gerai menjual durian kan? Tengah bermusim durianlah katakan. Masa ini jugalah makin banyak jenis durian dijual, ada yang OK ada yang KO. 

Anda mesti pernah dapat buah tak berapa okey, kan? Membazir saja dibeli, konon percaya si penjual, tapi sudahnya hampeh nak makan pun tak sedap. Jadi, kalau anda teringin nak pekena durian, belajar dulu tip berikut.


Foto: FriedChillies

1. Duri 
Cari duri yang panjang, besar dan tumpul sebab kata orang tua-tua, isinya mesti masak elok, kering dan manis-manis belaka.

2. Bau
Jika aromanya berbau manis, isinya berkualiti bagus. Kalau kurang bau, isi pasti masih muda. Boleh beli, tapi pastikan simpan beberapa hari dulu sebelum dimakan.

3. Bentuk
Pilih yang cantik bulatnya. Kenapa? Kalau bentuk bulat, isi dalam tebal, manakala kalau lonjong, isinya agak kecil dan rapat-rapat. Jangan pilih buah yang kulit senget atau tidak rata kerana isinya selalu sedikit.


4. Kulit
Pastikan kulit durian tiada sebarang kecacatan atau luka-luka. Kalau ada, isi dalamnya kemungkinan busuk dan tidak elok.

5. Tangkai Buah
Nak tahu buah yang masih baru, tengok tangkai yang segar dan berwarna cerah. 

6. Goncang Buah
Ini yang selalu orang buat. Tapi, apa yang digoncang tu? Cuba dengar bunyi isinya. Kalau bergetar, buah tu dah masak dan manis sebab bila isi durian dah matang, dia dah kering dan terpisah dari dinding kulit durian. Sebab itulah ada bunyi bila digoncangkan.

Foto: Mashable SEA

7. Makan je Kat Kedai
Paling senang dan dijamin OK! Kalau dapat buah tak elok, sudah tentu salah si penjual kan? Mesti penjual akan ganti buah yang baru dan lebih elok. Jadi,  cara ini juga mengelakkan anda daripada kena tipu.

Ada tip lain lebih mudah dan 100 peratus tepat? Kongsikan! - CARI
4

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berakit2kehulu 22-7-2019 11:13 AM
Tips paling senang nombor 7. Makan je kat kedai {:run
Quote noraidil_06 22-7-2019 12:39 PM
{:childlike nak durian pls sobs sobs sobs
Quote EvieWanKenobi 22-7-2019 01:45 PM
ya.. makan kat kedai je senang..
air mineral pun disediakan..
Quote puanbintang 22-7-2019 03:59 PM
sedapnya durian...biasa beli utk bawak balik memang suruh dia bukak siap2 lepas tu letak dalam bekas...kalau tak cantik isinya nanti dia cari je yang lain elok2
Quote chinta89 22-7-2019 04:02 PM
7. Makan je Kat Kedai
Paling senang dan dijamin OK! Kalau dapat buah tak elok, sudah tentu salah si penjual kan? Mesti penjual akan ganti buah yang baru dan lebih elok. Jadi,  cara ini juga mengelakkan anda daripada kena tipu.



ini tips iols buat
Quote hyie 22-7-2019 06:42 PM
tapi kalau makan kat kedai takleh nak melahap over2 ala2 kena control ayu gittew
Quote Bersotong 22-7-2019 06:44 PM
bwk tupware bkk dpn pnjual
Quote Foxey 26-7-2019 12:05 AM
puanbintang replied at 22-7-2019 03:59 PM
sedapnya durian...biasa beli utk bawak balik memang suruh dia bukak siap2 lepas tu letak dalam bekas ...

Sama la kita. Fox pun beli macam ni gak
Quote ReginaGeorge 28-7-2019 03:18 PM
Beli derian umpama beli tiket lucky draw. Full of surprises.
Quote ikanmasin 28-7-2019 05:00 PM
sll akk mkn jer kat gerai tp kalau g p.mlm
akk siap2 bawa bekas .srh buka lapah kat situ
gak jd tau buah mana tak elok dia bole ganti trs
puas ati lah jg.lg pun malas nak bawa buka kat umah
nnt nyesal +marah dpt buah byk buruk..
Quote amerald 28-7-2019 05:11 PM
Sedap dapat makan durian
Buat bubur pun sedap
Yummy
Quote BaizuraAzni 28-7-2019 08:47 PM
Good mcm mna nl hlg kn bau durian dlm rmh ye?
Quote Mmoyy 7-8-2019 01:26 AM
Pilih yg warna kuning isinya mcm mana?
Quote mr_cool5885 20-8-2019 11:15 AM
Siyes la penjual tu bagi bwk tupperware siap2 bukak kat situ jgk? Xpernah try lagi.
Tapi kalau dah bukak kat situ, pastu pangsa yg last tu ade ulat. Tapi pangsa yg sebelum tu semua ok. Camne? Dia bagi tukar sebijik yg baru ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062797 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top