Remaja lelaki berusia 13 tahun yang menyamar sebagai 'toyol' ditahan polis bersama rakan-rakannya. Menurut Kompas.com, mereka ditahan pada Sabtu ketika sedang merakam video di kawasan Tanah Baru, Depok, Jakarta.
Ketua pasukan Jaguar Polis Depok, Winam Agus berkata, kejadian berlaku ketika pasukannya meronda di kawasan berkenaan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan. "Terdapat tiga hingga empat remaja dalam jarak 50 meter mengambil gambar seorang remaja yang hanya memakai seluar dalam dan tubuhnya dilumuri bedak," katanya. Terkejut dengan kehadiran polis, remaja terbabit melarikan diri ke dalam semak. Bagaimanapun, tubuhnya yang dilumuri bedak memudahkan polis menemuinya. Sebaik ditangkap, dia mengaku menyamar sebagai toyol untuk merakam video bersama rakan-rakannya. Remaja terbabit diberi amaran supaya tidak mengulanginya dan diarahkan pulang ke rumah masing-masing. - CARI
|
ADVERTISEMENT