|
Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan dilaporkan ditemui dalam keadaan meragukan kira-kira dua kilometer dari kenderaannya di Gebeng malam tadi. Memetik Harian Metro, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan menerima panggilan orang awam jam 10.55 malam sebelum Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Bomba (EMRS) dikerahkan ke lokasi. “Pada mulanya kami terima maklumat mengatakan ada kemalangan, tetapi anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat dalam keadaan meragukan. “Kita kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Difahamkan, bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sedang menyiasat sama ada punca kematian mangsa disebabkan kemalangan atau terdapat unsur jenayah. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan meminta orang ramai menunggu laporan bedah siasat.
"Bunuh atau kemalangan saya akan maklum,” katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.