CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Instagram Rihana Palsu - Istana Kelantan Murka

16-7-2019 04:08 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 32136| Komen: 221|Original author: Oleh: natrahn

Rihana Oksana  semakin dikenali ramai kerana sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya di IG beliau rihanapetra. Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.

 
Instagram Rihana Petra
Rupa-rupanya, akaun tersebut adalah palsu susulan pengumuman oleh Istana Kelantan hari ini (16 Julai 2019). Istana Kelantan murka dengan penyebaran pengakuan palsu di instagram Rihana tersebut. Menurut Istana Kelantan, terdapat seorang individu tidak dikenali telah membuka akaun instagram menggunakan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu. 


Dan menerusi hantaran di Instagram juga, individu tersebut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan. Pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V turut dimuatnaik.
 
Sumber - Instagram Rihana Petra
Sumber - Istana Kelantan
Selepas hampir 8 bulan menutup mulut, akhirnya Istana Kelantan melalui pengelola diraja Istana Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman istana. Dalam kenyataan rasmi itu, pihak istana turut memaklumkan bahawa Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis. 

Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.
 
Dengan kenyataan ini, ia sekaligus menafikan  dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan. Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas sebuah dokumen didakwa sijil perceraian tersebar di media sosial. Ia menunjukkan Sultan Kelantan menceraikan Oksana dengan talak 3. - CARI 

Sumber : Sinar Harian  & Astro Awani
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • ImNotHere

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 16-7-2019 04:12 PM
Jadi, betul ke cerai talak tiga tu?
Quote rynamarina 16-7-2019 04:20 PM
seyes la ni.. sbnr nye kawin ke idok.. tetibe dh ade anak.. tetibe cerai.. ehh drama ape ni..
Quote chinta89 16-7-2019 04:22 PM
jap. sambung la kat thread sedia psl Oks tu. senang dlm satu thread nk baca kan.
Quote fushimi 16-7-2019 04:25 PM
kesian tul negeri kelantan

orang lain buat onar orang lain pulak kena jawap
Quote batmana 16-7-2019 04:26 PM
gambar tu high resolution, palsu juge ke...?
ke pakai  org  yg menyerupai kerabat di rusia sana...

konfuse aku
Quote Minami2013 16-7-2019 04:28 PM
batmana replied at 16-7-2019 08:26 AM
gambar tu high resolution, palsu juge ke...?
ke pakai  org  yg menyerupai kerabat di rusia sana...
...

Gambar ni mcm gambar personal collection... dulu gambar kahwin pun puas cari dari ig org nampak sipi2...
Quote dubuk 16-7-2019 04:32 PM
siapa disebalik blue tick itu
Quote shara154 16-7-2019 04:43 PM
Kalau dah tau palsu kenapa amek masa panjang sgt nak deny & bagitau rakyat?
Kenapa senang2 je media cedok2 jadi berita utama?
Quote natrahn 16-7-2019 04:44 PM
shara154 replied at 16-7-2019 04:43 PM
Kalau dah tau palsu kenapa amek masa panjang sgt nak deny & bagitau rakyat?
Kenapa senang2 je media ...

kan 8 bulan netizen /media membawang
Quote hady_vit 16-7-2019 04:47 PM
palsu la sgt kalau sampai kawan2 rihana ni siap boleh tagged IG rihana ni
Quote uori 16-7-2019 04:49 PM
tak menjawab persoalan tentang cerai,
tapi dari IGS, macam tak logik je kalau akaun pelesu
Quote akuMNdia 16-7-2019 05:14 PM
aku rasa ni bukan akaun palsu.
Quote fushimi 16-7-2019 05:17 PM
gapo dio palsu gak



Quote joy_ah 16-7-2019 05:28 PM
Gambar2 tu macam bukan dirembat dari internet je. Macam simpanan sendiri je kan..........
Quote GigaMom 16-7-2019 05:30 PM
Bukan acc palsu ni
Pihak istana lebih kpd mygkal dkwaan bkaitan anak tu bakal putra mahkota.
Apaka bkaitan punca dicerai tnp belas kasihan???
Quote Boomibulat 16-7-2019 05:31 PM
Nk murka kat sape...sndiri yg cr masalah
Quote matchstick 16-7-2019 05:35 PM
xde pun ckp ig account tu palsu.. Cuma title yg diclaim ikut sedap rasa je tu x boleh dipakai.
Quote dua_chzy 16-7-2019 05:36 PM
Bala buat Kelantan?
Quote grouper 16-7-2019 05:41 PM
Edited by grouper at 16-7-2019 05:43 PM

Siapa yg declare ig tu palsu even istana pun x komen pasal ig tu

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.158138 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top