CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Baling, Mercun Meletup Di Tangan Ketika Cuba Bunuh Abang

16-7-2019 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4487| Komen: 29

Lelaki cedera apabila mercun yang dipercayai digunakan dalam cubaan membunuh abangnya meletup di tangannya.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang, kelmarin di sebuah pasar raya di Taman Patani Jaya, Sungai Petani.



Gambar Hiasan

Difahamkan, suspek, 36, berjumpa mangsa, 60, di kawasan pasar raya berkenaan dengan alasan untuk mengambil komputer sebelum mengeluarkan mercun diubah suai yang disembunyikan dalam bajunya dan mengugut untuk membunuh abangnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang mengesahkan kejadian berkata, mercun itu meletup ketika dinyalakan.

Akibat letupan itu, suspek cedera di tangan kanan, manakala abangnya cedera di lengan kiri, kepala dan telinga kiri kerana terkena serpihan mercun.

“Suspek sudah ditahan dan direman selama tujuh hari serta menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” katanya.


Berdasarkan hasil siasatan, polis percaya dua beradik itu mempunyai masalah hubungan keluarga sejak beberapa tahun lalu.

Tambahnya, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - CARI

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 16-7-2019 11:46 AM
Harap putus tangan!!
Quote LadyCarefree 16-7-2019 11:47 AM
Kehkehkeh
Quote miracle_forever 16-7-2019 11:51 AM
padan muka!
Quote Artemesiaa 16-7-2019 11:51 AM
Senjata makan tuan cash sudah
Quote fushimi 16-7-2019 11:54 AM
kurang ajar punya adik

kalau adik aku jahat cam gini siap aku santaukan ko



Quote sukacactus 16-7-2019 11:54 AM
Sian abgnya terkena gak skit
Patut adik dia ambik semua, br betul padan muka!
Quote Bersotong 16-7-2019 11:54 AM
psl tanah la ni
Quote Boomibulat 16-7-2019 12:07 PM
Abg sndiri pn nk bunuh?
Quote prettyuglybabe 16-7-2019 12:14 PM
taik dadah.. mesti abang malas nak layan..
Quote haryatie 16-7-2019 12:38 PM
teruk nya... abg sendri pun nk dibunuh
Quote saviour_09 16-7-2019 01:01 PM
kesian
nak bunuh abang
sekali meletop kat tangan ko
tak pasal2 sakit dapat, penjara pun dapat
pakej gituuu
Quote Pink_Purple 16-7-2019 01:34 PM
jahat giler..bela lagi penagih dadah

jauh sangat umur adik dgn abg....anak lain2 ibu ke atau mmg adik bongsu terlajak manja
Quote arm_band 16-7-2019 01:48 PM
rekod jenayah lampau berkaitan dadah.


yang ni kalau tak tulis pun takpe. kita memang tau tahik dadah je yang gila isim camni kan
Quote ikanmasin 16-7-2019 02:16 PM
bahaya btl skrg ni..sikit2 jer nak membunuh ..
Quote rosasen 16-7-2019 02:41 PM
cash terusss
Quote eetodee 16-7-2019 02:48 PM
taik dadah lagi. tadi baca thread nenek kena pukul. makan dadah jugak.
Quote Modngengade 16-7-2019 03:28 PM
cash lah..........................
Quote renko 16-7-2019 03:54 PM
Mercun apa tu sampai nk bunuh guna mercun
Quote kaklong32 16-7-2019 04:20 PM
mendapat lah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047045 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top