CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sampai Hati Simbah Asid, Mie Tomoi Bakar Kereta Dr Maza

16-7-2019 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5042| Komen: 24

Mie Tomoi, suspek terakhir kes bakar kereta Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza mengaku diupah pihak tertentu untuk menyimbah asid ke muka Mufti Perlis.

Dia yang ditahan pada 6 Julai bagaimanapun mendakwa tidak sampai hati melakukannya sebelum mengubah tindakan kepada cubaan mengugut dengan membakar kereta mufti terbabit pada Mac lalu.



Foto: Berita Harian

Lapor Utusan, lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan dadah itu turut dikatakan terlibat dalam kes tetak Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd menyifatkan kes berkenaan sudah selesai. Namun, pihaknya yang kini menyiasat motif utama kejadian tidak menolak kemungkinan ia didorong oleh dendam.

“Kita masih belum mengenal pasti pihak ketiga itu (yang mengupah) dan siasatan lanjut mengenainya akan diteruskan. Suspek pada masa ini masih direman sehingga esok.


“Apabila cukup bukti, kita akan dedahkan (pihak ketiga). Suspek pada mulanya diupah sehingga ke tahap hampir membunuh namun suspek tidak sampai hati berbuat demikian dengan hanya mengugut membakar kereta sahaja,” katanya dalam sidang akhbar seperti dipetik Utusan.


Foto: Berita Harian

Menurut laporan, Mie Tomoi, 48, ditahan di sebuah rumah di Kuala Ketil, Kedah 6 Julai lalu dan mengakui terbabit dalam kejadian bakar kereta itu bersama seorang rakan yang telah ditangkap polis sebelum ini.

Mohd Azimar Abd Razak, 36, yang dihadapkan ke mahkamah pada Mei atas pertuduhan membakar kereta Dr Maza bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Sementara itu, empat suspek lain terbabit dalam kes bakar kereta mufti berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. - CARI


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-7-2019 01:57 PM
Simbah je asid kat sapa yg suruh tu...

Busuk hati sgt....
Quote laksmanabentan 16-7-2019 02:08 PM
ishhh macam.... org mcm Dr Maza pun ramai yg dengki ker
addoii...
Quote sukacactus 16-7-2019 02:13 PM
Ishhh! Xsangka sampai camtu skali ye!
Quote lipans 16-7-2019 02:23 PM
unit amal ke?
Quote rosasen 16-7-2019 02:35 PM
bagusnya... dia masih punya sedikit akal n rasa kasihan...
Quote fushimi 16-7-2019 02:59 PM
sapa agaknya jadik kambing itam nanti
Quote cHimo 16-7-2019 03:04 PM
Umur dah 48 tahun masih buat jahat...
Quote Bersotong 16-7-2019 03:05 PM
macai2 kapir leh nginzal kt thread ni
Quote ainashiqa 16-7-2019 03:28 PM
Kan? Dis still punya perasaan belas kasihan lg
Quote chinta89 16-7-2019 03:43 PM
nak sgt tahu dalang
Quote natrahn 16-7-2019 04:42 PM
..orang bawahan jadi mangsa... yang dalang harap dikenakan hukuman  juga
Quote baghal_bortuqal 16-7-2019 04:55 PM
wah. gila babeng.
Quote Lengkong 16-7-2019 05:00 PM
rosasen replied at 16-7-2019 02:35 PM
bagusnya... dia masih punya sedikit akal n rasa kasihan...

Moga2 kejadian ni jadi titik permulaan untuk Mie Tomoi kembali ke pangkal jalan




Quote grouper 16-7-2019 05:04 PM
Sape yg x puas hati tu..geng liberal cari ke
Quote leylapple 16-7-2019 05:25 PM
jazaa100 replied at 16-7-2019 01:57 PM
Simbah je asid kat sapa yg suruh tu...

Busuk hati sgt....

jgn terkejut kalau orang tu orang islam jugak...
entah jenis yang rupa2 alim

Quote EvieWanKenobi 16-7-2019 09:37 PM
asid apa tu? rosak teruk kereta..

takleh bayang macamana kalau
simbah kat orang..
Quote cikatilia 17-7-2019 10:00 AM
bodoh gila
ko ingat murah keta tu nak bako2
Quote Chairman 17-7-2019 11:17 AM
nape smpi nak simbah asid...ape yg x puas hati sgt dgn MAZA ni
Quote dodolgemok 17-7-2019 11:24 AM
Ni lah ajaran lobai2, xpuas hati kalu, bakar terus, simbah asid terus smbil kehulu kehilir hidup melayu hidup islam.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.102013 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top