Sampainya hati, seorang warga emas menjadi mangsa tumbukan daripada suami kepada cucunya dalam satu kejadian di Kampung Hilir, Batang Melaka semalam.
Sinar Harian melaporkan warga emas itu cedera di dahi dan lebam kedua belah mata selepas ditumbuk berkali-kali oleh lelaki berkenaan yang berpunca tidak tahan mendengar tangisan bayi perempuannya. Ia menyebabkan mangsa yang berusia 69 tahun terpaksa menerima rawatan di Hospital Jasil hasil perilaku syaitan suspek yang berusia 24 tahun. “Ketika kejadian sekitar 6 pagi semalam, cucu perempuan mangsa berada di dalam bilik air dan meninggalkan bayi perempuannya berusia 8 bulan.
“Selepas memaki mangsa dengan kata-kata kesat dengan mendakwa mangsa tidak pandai menjaga bayi dan memukul warga emas itu sehingga rebah, suspek bersama isteri dan bayi mereka kemudian bertindak melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu. Difahamkan suspek dan isteri tidak mempunyai pekerjaan tetap tinggal bersama mangsa sejak mereka berkahwin. Bukan itu sahaja, neneknya itu juga yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah agama dikatakan terpaksa menanggung mereka. "Mangsa kemudian mendapatkan rawatan awal di Hospital Jasin sebelum dirujuk ke pakar mata di Hospital Melaka kerana mata pengadu lebam dan tidak boleh dibuka serta kemungkinan boleh hilang penglihatan. “Suspek berusia 24 tahun itu kita berjaya tahan di Bachang, Melaka sekitar jam 11 malam semalam dan ujian air kencingnya juga didapati positif methamphetamine. Suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah,” katanya lagi.
|
vee_zara replied at 16-7-2019 02:18 PM
Pelik kengkadang jenis orang tak guna mcm laki bini ni senang pulak membiak dapat anak bagai. Yang j ...
ADVERTISEMENT