Pengangguran merupakan satu dugaan yang amat berat bagi ramai orang, terutama sekali bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tanggungan sendiri. Pelbagai cara dan kaedah telah dilaksanakan seperti memohon kerja melalui JobStreet, LinkedIn, pameran kerjaya dan sebagainya. Pun begitu, masih ramai yang belum tahu sebenarnya Facebook juga boleh dimanfaatkan sebagai portal mencari kerja.
Mudah saja caranya! Jom ketahui cara mudah mencari kerja menggunakan Facebook! Sangat berguna bagi para graduan dan mereka yang sedang menganggur. 1. Tulis Jobs Nearby Pada Ruangan Carian Terdapat pelbagai kategori pekerjaan yang anda boleh pilih seperti perakaunan dan kewangan, pentadbiran dan kerja pejabat, seni dan reka, sains dan kejuruteraan, pengurusan, pendidikan dan sebagainya. Untuk jenis pekerjaan juga, anda boleh memilih sama ada sepenuh masa, separuh masa, internship, kesukarelawanan dan kontrak. Sekiranya anda telah menjumpai pekerjaan yang berkenan di hati, boleh klik pada pekerjaan tersebut dan tekan butang Apply Now. Sebagai langkah tambahan, boleh juga mengirimkan direct message kepada admin page berkenaan. Mudah saja kan? Kongsikan tips mencari kerja di Facebook ini supaya lebih ramai kawan-kawan kita yang sedang mencari kerja mendapat manfaat! - CARI
|
ADVERTISEMENT