|
Seboleh-bolehnya kita hendak hidup lama kan, untuk melakukan pelbagai perkara. Walaupun ajal maut di tangan Tuhan, macam-macam kaedah orang buat untuk terus kekal sihat seperti berdiet, bersenam, makan makanan sihat dan banyak lagi.
Tetapi, rupa-rupanya satu kaedah paling mudah untuk memanjangkan usia adalah berjalan! Bukan berjalan lenggang kangkung ya, tapi berjalan laju. Sebuah kajian diterbitkan dalam Mayo Clinic Proceedings mendapati orang yang berjalan laju mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding orang berjalan perlahan. Malah, kaedah mengukur berjalan ini sebenarnya lebih tepat untuk mengetahui kesihatan seseorang berbanding BMI. Sebab orang yang berjalan laju didapati lebih cergas.
Betul juga, kan? Kalau orang tidak sihat, selalunya mereka berjalan perlahan dan cepat lelah. Kajian ini melibatkan 475,000 orang dan dilakukan pada umur 50 tahun sehingga mereka meninggal dunia. Berjalan laju tu maksudnya "berjalan lebih 100 langkah dalam masa seminit". Banyak juga tu! Didapati, mereka yang berjalan laju mempunyai risiko mati awal lebih rendah tanpa mengira BMI. Malah, bezanya antara 15 hingga 20 tahun ya. Jadi, marilah sama-sama berjalan laju! - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.397819 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.