CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayu, Lelaki Cari Abang Hanya Jumpa Tulang Tengkorak

17-7-2019 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6678| Komen: 35

Menyayat hati, itu mungkin perkataan paling tepat menggambarkan situasi seorang lelaki yang mencari abangnya yang hilang.

Dilaporkan abangnya tidak dapat dikesan sejak dua minggu lalu dan paling menyedihkan ia berakhir dengan penemuan serpihan tulang dipercayai milik saudara kandungnya itu. 


Berita Harian melaporkan serpihan tulang itu ditemui di Hutan Ulu Sungai Ubong Tellian di Mukah sekitar jam 8.30 semalam. 

Kredit foto: Projekmm

Pemeriksaan pihak polis menemui sehelai tuala, selimut, seluar dalam dan beg galas mengandungi kad pengenalan milik seorang lelaki berusia 76 tahun. 

“Proses pengecaman tidak dapat dilakukan kerana hanya beberapa tulang sahaja berjaya ditemui tetapi ujian DNA sudah dipohon bagi mengesahkan identiti sebenar mangsa.


“Tulang dan barang yang ditemui sudah dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau.

Difahamkan tiada kesan pergelutan yang didapati di lokasi penemuan tulang itu. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 17-7-2019 02:57 PM
teringat kes acap..ntah ape nasib dia skrang...
Quote Malaysia.Doom 17-7-2019 03:00 PM
Mfzg89 replied at 17-7-2019 02:57 PM
teringat kes acap..ntah ape nasib dia skrang...

6 bulan Dr pertengahan romadan katanya...Akan dilepaskan
Quote Foxey 17-7-2019 03:14 PM
Takziah kepada keluarga mangsa
Quote chinta89 17-7-2019 03:14 PM
btw tak dinyatakan brg yg dijumpai tu related tak ngn mangsa yg dicari? mana tau kot tu org lain?

Pemeriksaan pihak polis menemui sehelai tuala, selimut, seluar dalam dan beg galas mengandungi kad pengenalan milik seorang lelaki berusia 76 tahun.



arwah ke mana tak dinyatakan? masuk hutan cari akar kayu ke, atau mcmne?

Berita Harian melaporkan serpihan tulang itu ditemui di Hutan Ulu Sungai Ubong Tellian di Mukah sekitar jam 8.30 semalam.
Quote Boomibulat 17-7-2019 03:38 PM
Takkan 2 mggu tggl trngkorak je
Quote EvieWanKenobi 17-7-2019 03:39 PM
“Proses pengecaman tidak dapat dilakukan kerana hanya beberapa tulang sahaja berjaya ditemui tetapi ujian DNA sudah dipohon bagi mengesahkan identiti sebenar mangsa.

sat kata dipercayai milik saudara kandung.. ni kata baru nak sahkan identiti..

keliru pulak..
jangan kecam sis..
Quote K_Lily 17-7-2019 03:47 PM
Malaysia.Doom replied at 17-7-2019 03:00 PM
6 bulan Dr pertengahan romadan katanya...Akan dilepaskan

apa maksudnya ni?
Quote minguk 17-7-2019 03:57 PM
takziah.. innalillah
Quote kaklong32 17-7-2019 03:58 PM
Mfzg89 replied at 17-7-2019 02:57 PM
teringat kes acap..ntah ape nasib dia skrang...

kan dah senyap camtu je kes nya
family pon dah redha agaknya
Quote eyansss 17-7-2019 05:07 PM
kaklong32 replied at 17-7-2019 03:58 PM
kan dah senyap camtu je kes nya
family pon dah redha agaknya

mengikut ossasuke, diorang buat secara underground (senyap2) sebab terlalu banyak gangguan dan ancaman sepanjang diorang cari acap...
Quote CikB 17-7-2019 07:35 PM
takziah....
Quote AbukRokok 17-7-2019 11:28 PM
ada bulat bulat merah
Quote Malaysia.Doom 18-7-2019 03:04 PM
eyansss replied at 17-7-2019 05:07 PM
mengikut ossasuke, diorang buat secara underground (senyap2) sebab terlalu banyak gangguan dan anc ...

Percaya dah ke cerita Sis Dewi?
Quote eyansss 18-7-2019 03:16 PM
Malaysia.Doom replied at 18-7-2019 03:04 PM
Percaya dah ke cerita Sis Dewi?

cerita dewi tu melampau sangat...  hahaha...  keluar kereta kuda segala...  bunian jepung semua la...  sebaek takde bunian europe, scandanavian segala keluar jugak...  ahahaha...
Quote Malaysia.Doom 18-7-2019 08:00 PM
eyansss replied at 18-7-2019 03:16 PM
cerita dewi tu melampau sangat...  hahaha...  keluar kereta kuda segala...  bunian jepung semua la ...

Ok la tu...Tak percaya 100% Pon takpe..at least dh percaya 50% kannn
Quote Tweety_Senrose 18-7-2019 10:19 PM
eyansss replied at 18-7-2019 03:16 PM
cerita dewi tu melampau sangat...  hahaha...  keluar kereta kuda segala...  bunian jepung semua la ...

Aku awal2 percaya tau cerita tu. Sebab dari awal cerita sis dewi tu sangat tersusun. Malu pulak aku kalau ingat balik masa aku terbayang2 putri, pastu putra dri jepun ke apa tu
Quote PongKang 18-7-2019 11:39 PM
Siannya.. al fatihah
Quote eyansss 19-7-2019 07:11 AM
Malaysia.Doom replied at 18-7-2019 08:00 PM
Ok la tu...Tak percaya 100% Pon takpe..at least dh percaya 50% kannn

cerita dewi aku tak percaya langsung nak2 pulak dah ada yang cerita pada aku siapa dia...  cerita ossasuke tu pun aku tengah pertimbangkan sebab dia punya story takde la nampak merapu sangat...  berbunian berterbangan berkereta kuda, berperang lotr...  ekekeke...
Quote eyansss 19-7-2019 07:14 AM
Tweety_Senrose replied at 18-7-2019 10:19 PM
Aku awal2 percaya tau cerita tu. Sebab dari awal cerita sis dewi tu sangat tersusun. Malu pulak ak ...

hehehe...  aku memula dia bukak cerita, aku cuba consider tapi bila dah start merepek2 terutamanya sampai tahap bunian jepun datang mengadap, aku dah malas nak layan...  terus skip thread tu...   hehehe...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top