CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Penyu Hijau Berkepala Dua Menetas Di Pulau Mabul, Sabah

18-7-2019 09:46 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6602| Komen: 75|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Anak penyu berkepala dua yang menetas di Pulau Mabul. Kredit foto: Facebook Scuba Junkie SEAS


Situasi di Pusat Penetasan Penyu di Pulau Mabul, Sabah semalam menjadi gempar apabila pekerja-pekerja pemuliharaan mendapati salah seekor anak penyu hijau yang menetas mempunyai dua kepala.

Memetik status dalam laman Facebook Scuba Junkie SEAS, keadaan yang amat jarang berlaku itu dikenali sebagai 'dicephalism' dan pernah dilihat dalam pelbagai spesies haiwan.

Plastron anak penyu itu belum terbentuk dengan sempurna sekali gus mewujudkan ruang yang dilindungi hanya oleh lapisan kulit yang nipis.

Fenomena ganjil ini dikenali sebagai 'dicephalism'. Kredit foto: Facebook 


Anak penyu hijau berkepala dua itu merupakan salah satu daripada kumpulan 93 anak penyu yang menetas pada 16 Julai dan anak-anak penyu yang lain telah dilepaskan ke laut.

"Selepas berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan veterinar dari Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah, keputusan dibuat bahawa anak penyu itu akan dipindahkan ke Pusat Rehabilitasi Penyu Pulau Mabul untuk jagaan rapi dan pemantauan sebelum tindakan selanjutnya diambil," jelas pengendali laman Facebook Scuba Junkie SEAS.

Kredit foto: Facebook

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), penyu hijau atau nama saintifiknya 'chelonia mydas' merupakan antara penyu terbesar dan satu-satunya herbivor dalam kumpulan haiwan tersebut.

Haiwan berkenaan kebanyakannya ditemukan di kawasan perairan tropika dan subtropika seperti Terumbu Mesoamerika, pinggiran laut Timur Afrika, Teluk California, Kepulauan Galapagos dan Segi Tiga Karang.

Seekor penyu hijau dewasa. Kredit foto: Laman sesawang WWF

Seperti penyu-penyu dari jenis yang lain, penyu hijau merantau jauh dari pantai tempatnya menetas ke kawasan perairan yang menjadi tempatnya mencari makanan.

Diklasifikasikan sebagai haiwan terancam, penyu hijau berdepan ancaman seperti telur-telurnya diambil manusia, menjadi sasaran pemburu, terperangkap dalam jaring nelayan dan kehilangan kawasan pantai tempat menetas. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 18-7-2019 09:56 AM
Kadang kadang kita terfikir bagaimana entiti atau kuasa yang bertanggong jawab mencipta dan menjadikan, boleh melakukan kesilapan sedemikian? Tidor semasa bekerja kah?

Dan kita juga tertanya jika kesilapan sedemikian boleh berlaku, mustahilkan entiti atau kuasa itu tersilap memasukan seorang wanita kedalam tuboh lelaki?

Wallahualam.
Quote Ina8895 18-7-2019 10:10 AM
Maideen.: Kadang kadang kita terfikir bagaimana entiti atau kuasa yang bertanggong jawab mencipta dan menjadikan, boleh melakukan kesilapan sedemikian? Tidor se ...


Gila ke apa kau ni? Entah2 geng semburit jugak
Quote CiliPadiSedap 18-7-2019 10:16 AM
ni ninja turtle version twins  turbo
Quote Ina8895 18-7-2019 10:33 AM
CiliPadiSedap: ni ninja turtle version twins  turbo


Kaler dia pun hijau
Quote hussaini4675 18-7-2019 10:35 AM
Semua ni kuasa Allah Taala
Quote Atata 18-7-2019 10:47 AM
Maideen. replied at 18-7-2019 09:56 AM
Kadang kadang kita terfikir bagaimana entiti atau kuasa yang bertanggong jawab mencipta dan menjadik ...

Knp plk kesilapan? Tak tahu kah berapa byk kajian saintifik d buat n brp byk knowledge gained dgn mengkaji keunikan2 gni?
Quote matkpop 18-7-2019 10:59 AM
Comel.....
Quote mizruncing 18-7-2019 11:02 AM
wahhh twins
Quote GigaMom 18-7-2019 11:06 AM
Edited by GigaMom at 18-7-2019 11:07 AM
Ina8895 replied at 18-7-2019 10:10 AM
Gila ke apa kau ni? Entah2 geng semburit jugak


Hahah. Walaupun ai mmg syak dia gila
Tp sergahan u tambah menyedarkan ai dia memang gila!!
Quote Maideen. 18-7-2019 11:23 AM
Edited by Maideen. at 18-7-2019 11:30 AM
Atata replied at 18-7-2019 10:47 AM
Knp plk kesilapan? Tak tahu kah berapa byk kajian saintifik d buat n brp byk knowledge gained dgn  ...

Sebab tak sangka pulak entiti atau kuasa itu buat binatang atau manusia ada dua kepala dengan sengaja....... Tapi betul jugak kata anda itu ,,,mungkin Dia sengaja buat macam tu dan bukannya Dia tersilap. Mungkin Dia ingat kelakar buat macam tu......


Gambar hiasan - Created as such by design just for the bloody fun of it.
Quote Bersotong 18-7-2019 11:26 AM
Maideen. replied at 18-7-2019 01:56 AM
Kadang kadang kita terfikir bagaimana entiti atau kuasa yang bertanggong jawab mencipta dan menjadik ...

cam tciptanya krandut wan ji dn dubur yg ko sbut smlm ke maideen
Quote siticat 18-7-2019 11:27 AM
Maideen. replied at 18-7-2019 11:23 AM
Sebab tak sangka pulak entiti atau kuasa itu buat binatang atau manusia ada dua kepala dengan seng ...

kau bahlol kena tipu dgn apek penipu sijil tipu dlm parlimen
dah kena tipu pun masih kulum kerandut apek tu


@Bersotong




Quote Artemesiaa 18-7-2019 11:30 AM
Baguslah dah dihantar ke Pusat Rehabilitasi Penyu, kalau dilepas ke laut macam tu je belum tentu ia akan selamat
Quote hussaini4675 18-7-2019 11:31 AM
Maideen.: Sebab tak sangka pulak entiti atau kuasa itu buat binatang atau manusia ada dua kepala dengan sengaja....... Tapi betul jugak kata anda itu ,,,mungk ...


Setiap kejadian alam yang dicipta Allah Taala pasti ada hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui rahsia kejadian alam yang di luar jangkauan fikiran manusia yang juga makhluk-Nya.
Quote Bersotong 18-7-2019 11:35 AM
siticat replied at 18-7-2019 03:27 AM
kau bahlol kena tipu dgn apek penipu sijil tipu dlm parlimen
dah kena tipu pun masih kulum kerand ...

sian ngn maideen ni..orng braye die tperuk kt forum sorang2..ade la tu sakit die tu
Quote siticat 18-7-2019 11:39 AM
hussaini4675 replied at 18-7-2019 11:31 AM
Setiap kejadian alam yang dicipta Allah Taala pasti ada hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui r ...

maideen bahlol tu dicipta pun ada hikmahnya

tuk satu dunia tgk betapa bodohnya org2 yg tak tahu ambik hikmah

bahahaha




Quote Atata 18-7-2019 11:41 AM
Maideen. replied at 18-7-2019 11:23 AM
Sebab tak sangka pulak entiti atau kuasa itu buat binatang atau manusia ada dua kepala dengan seng ...

Awak free thinker ke
Quote Ina8895 18-7-2019 11:54 AM
Atata replied at 18-7-2019 11:41 AM
Awak free thinker ke

Kalau free thinker tak layak jadi rakyat Malaysia. Rukunegara cakap mesti percaya kepada Tuhan.
Quote lolita737 18-7-2019 11:58 AM
comel je penyu tu..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057426 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top