Selepas seorang wanita warga emas cedera Mei lalu, hari ini berlaku kes sama di mana tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah rumah di Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai Johor Bahru.
Menurut Harian Metro, kejadian jam 7.30 pagi itu menyebabkan seorang wanita cedera, manakala beberapa bahagian rumah mengalami kerosakan seperti pintu dan tingkap kaca dapur serta ruang tamu dan bumbung. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Razali Husin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi sebelum tujuh anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi. Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa yang identitinya tidak diketahui sudah dibawa keluar oleh jiran dan dihantar ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapatitiada kesan kebakaran dalam rumah berkenaan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - CARI |
Bersotong replied at 17-7-2019 05:38 PM
cane le leh mletup
blekkep replied at 17-7-2019 10:03 AM
Takot lak bace...meletup xde api pulak tu
kroit92 replied at 17-7-2019 05:52 PM
lately memang perasan, gas ni macam rasa lain bila angkat
bila guling ada bunyi pasir dalam tong, a ...
Rob07 replied at 18-7-2019 02:36 AM
Haaaaa? biar betol! Takkan jual tong gas palsu kot?
ADVERTISEMENT