CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Bertambah Rapat, Dia Suami Dan Ayah Yang Baik"- Kata Diana Danielle Tentang Farid Kamil

19-7-2019 10:55 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4985| Komen: 8|Original author: Oleh: HakirRahman

Selepas suaminya, Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan kerana jenayah dadah, Diana Danielle memberitahu hubungan mereka bertambah rapat dan semakin menghargai satu sama lain. 


Menurut laporan mStar, pasangan itu kini menghargai masa bersama selepas hukuman Farid ditangguhkan. 

Farid sebenarnya sudah masuk penjara selama 35 hari bulan Mei lalu, tetapi hukuman itu kemudiannya ditangguhkan dengan syarat melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. 

"Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menghabiskan masa bersama." 

FARID KAMIL DIPENJARA SEMBILAN BULAN KERANA DADAH. FOTO: INSTAGRAM

"Hubungan kami lebih matang, mula menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya," katanya lagi. 

SAYA TAKLAH SEKUAT YANG DISANGKA. FOTO: INSTAGRAM

Diana juga berkata, berbanding tanggapan peminat yang dia kuat berdepan ujian itu, dia sebenarnya tidak kuat. 

"Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari saya terkesan...cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat."

Sebenarnya, apa maksud hukuman penjara ditangguhkan ini? Ada yang boleh beri penjelasan? 

Apapun, semoga tabah dan berbahagia Diana dan Farid! - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote megan_pox 19-7-2019 11:44 AM
Bagus la tu.. samsol sol sol pon dah ada minik cantik..
Quote Bungaapi 19-7-2019 11:58 AM
Baiklah diana. Alhamdulillah.
Quote Chairman 19-7-2019 12:13 PM
biase la tu dugaan..hadapi dengan tenang
Quote Kurex 19-7-2019 12:22 PM
Masa ada majalah buah tu, selaku ada gambar farid bukak baju dekat kolam.. Pink
Quote nono86 20-7-2019 02:46 AM
Harap berubah le.. masuk jel pangkat datuk tak tarik balik ye. Tak perasan sblm ni
Quote lazim 20-7-2019 03:27 AM
Knp nk tangguh ek. Cpt masuk cpr klr. Sng teruskn hdup. Tolak cuti, tolak kelakuan baik. Brp bln je pon. Dramanya mcm nk masuk pnjra bertahun2
Quote Sham143 20-7-2019 10:22 AM
Bagus Diana Dianella ni.. Susah senang hadapi bersama.. Setengah2 pompuan akan tinggalkan suami bila dh jadi mcm ni..
Quote Bersotong 20-7-2019 12:22 PM
so pe cer twrn rasuah die tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069022 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top