CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sah! Oksana Dan Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga, Bertabahlah Ya...

22-7-2019 11:12 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 35399| Komen: 190|Original author: Oleh: intan


Desas desus mengenai rumah tangga sultan Kelantan dan isterinya iaitu Rihana Oksana akhirnya tiba di penghujung setelah peguam Sultan Muhammad V sendiri mengesahkan mengenai berita penceraian tersebut.

Sebelum ini, kecoh apabila sijil penceraian yang lengkap dengan nombor siri serta nama bekas isteri telah tersebar di media sosial. Namun, tiada pula pengumuman rasmi mengenai kesahihan sijil penceraian tersebut.

Namun, kini terlerai sudah misteri sijil penceraian tersebut apabila peguam Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan mengenai penceraian pasangan sensasi tersebut. Sultan Muhammad V kini sah menceraikan Rihana Oksana Gorbatenko dengan talak tiga.



Mengulas lanjut penyataan peguam Sultan Muhammad V, firma guamannya sudah menghantar surat penceraian talak tiga itu kepada peguam Rihana.

"Kami peguam kepada Sultan Muhammad memaklumkan bahawa baginda telah bercerai dengan talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah keluarkan sijil perakuan penceraian pada 1 Julai 2019 yang lalu dan mengikuti Enakmen Keluarga Islam tahun 2002"

Peguam Sultan Kelantan tersebut juga meminta semua pihak supaya menghormati privasi baginda. Namun, bagi pihak bekas isteri baginda, Oksana mengatakan tidak pernah berhadapan dengan talak cerai secara berhadapan oleh sultan Muhammad.

Di laman Instagram Rihana Oksana pula, post terbaru yang dimuat naik memaparkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan menghantar mesej-mesej sokongan kepada beliau. 


Perkahwinan antara Sultan Muhammad V dan Rihana telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Leon. Apa-apapun doakan yang terbaik untuk kesejahteraan pasangan ini. - CARI 


1

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-7-2019 11:25 AM
tertinggal jet ke. dh berapa byk benang psl ni.

just highlightkan di tajuk lah if nk update gmbr.
Quote MariaClara 22-7-2019 11:26 AM
huhuhuhuhuhuhuhuh
Quote Boomibulat 22-7-2019 11:41 AM
chinta89 replied at 22-7-2019 11:25 AM
tertinggal jet ke. dh berapa byk benang psl ni.

just highlightkan di tajuk lah if nk update gmbr.

Dulu x konpem lg sis...
Quote lolita737 22-7-2019 11:50 AM
sedih tengok gambar baby tu..

harap kalau dh bercerai baby tu tidak dipinggirkan..
Quote Eliadaisy83 22-7-2019 11:56 AM
Wah peguam pon chinese gitu
Quote Prickford 22-7-2019 12:00 PM
Seram btol baca komen netizen kat FB yg speku Sultan ceraikan Oks sbb anak tu bukan anak Sultan. Gila tah mana sumber dorg dpt pon aku tak tau. Mentang2 la teman tu kena cerai talak 3, terus kena speku bukan2.
Quote minahmanja 22-7-2019 12:00 PM
siapa admin ig oksana ni.. bahasa msia dia kemain..
Quote mamaida28 22-7-2019 12:03 PM
sian anak..nape bg 3  terus..apapun jgnlah smp gitu..yalah apa jua masalah depa, kita x tau..tp terus bg 3 tu kejam sgt....
Quote nuno 22-7-2019 12:09 PM
Murka sangat ke tuanku,3 terus diberi,takut nanti hujung menyesal takde guna dah
Quote minguk 22-7-2019 12:20 PM
alaaa natengok wajah baby leon.
Quote LostStar 22-7-2019 12:42 PM
tak kesah la semua tu.. persoalannya sapa yg taip kat tiap post ig dia dalam bahasa melayu tu? haha.. tak kan la google translate..
Quote coco 22-7-2019 01:06 PM
pandai dia ni memancing emosi org malaysia.  posting2 husnozon,  rela dan redha mmg terus buat semua org dari mengeji dia terus menyokong dia.....
Quote azwanaliori 22-7-2019 01:53 PM
coco replied at 22-7-2019 05:06 AM
pandai dia ni memancing emosi org malaysia.  posting2 husnozon,  rela dan redha mmg terus buat semua ...

Dah tuuu takkan nk merempan macam ritrud pulak
Quote matchstick 22-7-2019 02:03 PM
Prickford replied at 22-7-2019 12:00 PM
Seram btol baca komen netizen kat FB yg speku Sultan ceraikan Oks sbb anak tu bukan anak Sultan. Gil ...

Byk sgt tgk drama deme ni.. Kalau tgk drama panjang x kesah lah pilipin ke, Venezuela ke, malahan Korea pun selalu ada watak perempuan jahat nk harta sanggup menipu smpi bab mengandung n beranak.

Bg aku, agak2 lah nk speku pun jgn smpi memfitnah. Kot ye pun oks tu x baik mana x bermaksud kita boleh fitnah dia sesuka hati. Ex husband dia sdiri pun xjaja keburukan dia. Selagi xde viral sijil dna test yg valid membuktikan baby tu bukan anak sultan, it's a fitnah or tohmahan buruk je bg aku. Acik2 bawang ni pulak terbalik. Sbb xde sijil, baby tu anak org lain kata mereka
Quote akakdendeng 22-7-2019 02:08 PM
knp lah terus kasi 3...
Quote justchu 22-7-2019 02:14 PM
Apa ni? Mcm baru je viral gambar2 kawen..alih2 3 terus?
Quote bambimo 22-7-2019 02:15 PM
Xrasa google translate..sbb teratur ayat2 nya
Quote Sarasaleh 22-7-2019 02:35 PM
bambimo replied at 22-7-2019 02:15 PM
Xrasa google translate..sbb teratur ayat2 nya

Aku rasa ade orang Malaysia fasih russian dibayar ni
Quote ifanonline 22-7-2019 02:37 PM
wanita secantik oksana pun di ceraikan...apetah lagi andartu2 dlm CI ni...

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099911 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top