CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Dahlah Tengah Mengandung Pula" - Pergi Haji Tanpa Suami, Warganet Kagum Dengan Shahida Dherbs

7-8-2019 04:30 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 16131| Komen: 77|Original author: Oleh: SakuraJo

Murah rezekinya, tahun ini isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi khabar gembira apabila dijemput ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah haji. 


Menurutnya, ini merupakan kali kedua selepas kali pertama mengerjakan haji pada tahun 2016.


Pun begitu, keberangkatan Shahida kali ini adalah bersama ibu mertuanya iaitu Bonda Rozita, tanpa suami di sisi.

Yang menjadi perhatian adalah video di Instagram Aliff Syukri sendiri ketika isterinya itu mahu berangkat menaiki pesawat untuk ke tanah suci. Anda boleh melihatnya seperti di bawah ini:


Ramai yang menyatakan rasa sedih dan tersentuh melihat bagaimana suami isteri itu 'berpisah' untuk sementara. 

Begitu juga dengan reaksi anak-anak mereka yang nampaknya tidak dapat membendung air mata mereka. Memang sedih!

"Semoga kandungan baby dan wife sy selamat.." tulis Aliff. 


Menerusi video tersebut dapat dilihat Shahida turut berpesan kepada suaminya agar tidak membuat video yang bukan-bukan ketika ketiadaannya. 

Warganet turut meluahkan rasa kagum kerana Shahida berani dan tekad untuk mengerjakan haji meskipun sedang berbadan dua. 


Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Shahida selamat pergi dan juga pulang.  - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 7-8-2019 05:07 PM
Sedeh pulak tgk bidio
Quote hzln 7-8-2019 05:11 PM
Haaaaaa...takyah tunggu seminggu, pantas dan tangkas sesi penyuciannya (terima kasih kpd semua watak2 pembantu)
Quote chicozinn 7-8-2019 05:22 PM
peknen lagi ke tinshid ni?
Quote chicozinn 7-8-2019 05:23 PM
yg tokponen xnak g haji tu da kenapa?sibuk bzkan diri ngan geng2 ponen tu da kenapa?
Quote jijilaaa 7-8-2019 05:30 PM
bini p haji, laki p rekod lagu
Quote matchstick 7-8-2019 06:02 PM
tok alip jgn nk menyundal sgt dgn geng2 pondan bila datin xdek ni
Quote Suchi 7-8-2019 06:10 PM
Knp isteri dia selalu g mekah tanpa suami dia?
Ngandung2 pun gagah gaklah nak redah lautan manusia ye.
Mungkin dia jenis takde alahan sgt kot, kalau iols rasa badan  fragile sangat kalau ngandung.
Sentuh sikit dah sakit sgt badan, teringinnya nak ngandung tanpa sakit2 badan dan alahan senang nk buat aktiviti itu ini.
Quote Snb57 7-8-2019 06:55 PM
Sedih pulak tgk video tu. Haritu pergi umrah dengan yusuf. Ni dgn pregnant lagi gi haji pulak. Yang pelik dato tak nak ikut ke temankan.
Quote Kak-Leen 7-8-2019 07:02 PM
chicozinn replied at 7-8-2019 05:22 PM
peknen lagi ke tinshid ni?

Hari tu pregnant kembar tp gugur satu janin. Toklip kata sebab pressure dari netizen. Penat toklip marah2 netizen siap sedih2 caption hari tu.. Hehehe
Tapi ni la rezeki TinShid  ni. Dpt menunaikan haji dgn MIL.
Quote Kak-Leen 7-8-2019 07:05 PM
Snb57 replied at 7-8-2019 06:55 PM
Sedih pulak tgk video tu. Haritu pergi umrah dengan yusuf. Ni dgn pregnant lagi gi haji pulak. Yang  ...

Atok bz.. Jaga business. Jaga anak2 lagi. Nak buat recording & video clip. Kang peminat2 dia complaint xde lagu baru..See.. Nampak x pengorbanan Atok?
Quote salamon 7-8-2019 07:33 PM
rengsa aku dgn atok ponen yg terkinja2 ni yachh
Quote tuttt 7-8-2019 08:15 PM
Semoga dipermudahkan urusan datin
Quote diggerr 7-8-2019 08:35 PM
Semoga mabrur yaaa
Quote suatumasa 7-8-2019 09:06 PM
Suchi replied at 7-8-2019 06:10 PM
Knp isteri dia selalu g mekah tanpa suami dia?
Ngandung2 pun gagah gaklah nak redah lautan manusia  ...

Pernah tgk video dia,toklip kata tinshid penah ckp dgn dia,kalo depa kaya nnt,dia mtk antakan dia ke mekah setiap tahun...waktu tu kalo x silap,depa masih nega kat pasar malam lg...so skrg dah kaya,toklip tunaikan janji dia....
Quote lazim 7-8-2019 09:09 PM
Harap x laser lgi lepas ni.
Quote naz.wani 7-8-2019 09:16 PM
Kak-Leen replied at 7-8-2019 07:05 PM
Atok bz.. Jaga business. Jaga anak2 lagi. Nak buat recording & video clip. Kang peminat2 dia compl ...

Geli je baca pengorbanan toklip ni. Cess
Quote naz.wani 7-8-2019 09:18 PM
Aku yakin dia doakan toklip berubah..hihi..dia isteri yang baik..toklip pun xde la jahat mana pun, cuma cara marketing dia aku mmg x berkenan. Suka nau buat benda2 pelik2
Quote Sonneblume 7-8-2019 09:23 PM
tak bahaya je buat haji masa mengandung.kalau terjatuh, kena pijak mcm mana nanti..kena himpit2 pun tak sanggup rasanya.senak perut.
Quote DARSITA 7-8-2019 09:28 PM
Sonneblume replied at 7-8-2019 05:23 AM
tak bahaya je buat haji masa mengandung.kalau terjatuh, kena pijak mcm mana nanti..kena himpit2 pun  ...



bila nak kesana berserah sahaja segalanya kpd Allah SWT. Tak perlu fikir itu ini. Ramai ckp kalau kita di Malaysia ingat itu ini bila sampai sana mmg tak mengerjakan haji lah jwpnya.

Contoh: bila dari sini sibuk fikir nak masak itu ini takut bekalan makanan alatan memasak tak lengkap sudahnya di sana nanti asyik lah sibuk memasak sampai tak buat ibadah.


Kalau di sini asyik sibuk ckpt takut nak buat haji takut tak sempurna bila sampai sana maka dok lah hang dalam bilik. Orang lain sibuk ke masjid tapi hang memerap dlm bilik.



Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040285 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top