Pasti mengejutkan apabila perairan Indonesia nanti bakal dipenuhi sisa buangan plastik berbanding ikan menjelang tahun 2030. Hal tersebut diperkatakan sendiri oleh Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti yang melihat perkara tersebut tidak mustahil berlaku jika Indonesia masih culas mengambil berat hal tersebut.
“Inilah sebabnya kita perlu hentikan penggunaan plastik seperti beg atau botol. Susah semestinya bukan sampah yang mahu kita pancing di laut,” katanya kepada agensi berita Antara. Katanya lagi, Indonesia merupakan negara kedua menjadi lokasi pengumpulan sisa plastik selepas negara China.
“Berhenti menggunakan bahan plastik kerana ia menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Bermula sekarang, berhenti menjadi negara yang dicemari dengan sisa plastik. “Kita sudah dianugerahkan oleh Tuhan dengan hutan yang menghijau dan udara yang bersih, jadi jangan ambil kesempatan dengan mencemarinya,” katanya lagi. “Jika kita tidak menjaga laut dan pulau-pulau yang indah di sini, tidak mustahil kita akan jauh ketinggalan daripada negara-negara lain,” jelasnya. - CARI
|
adila39: tu satu hal. nape malaysia ikan semua kecik2.. pastu mahal. ikan jenis best sikit semua xde.. xke ikan banyak je kat perairan kita...
adila39 replied at 22-7-2019 11:31 PM
tu satu hal. nape malaysia ikan semua kecik2.. pastu mahal. ikan jenis best sikit semua xde.. xke ik ...
raxief replied at 23-7-2019 01:27 AM
aku rasa ikan berkurang la kat perairan malaysia... dulu mancing tepi pun boleh dapat ikan besar, ...
adila39 replied at 23-7-2019 10:13 AM
iyer? betulke transaction jualan berlaku kat tgh laut bfr sampai ke peraih.. dah la tu sampai ke t ...
CiliPadiSedap replied at 23-7-2019 01:48 AM
Kadang2 akak setuju dengan jalan cerita aquaman mereka perang dengan manusia punca sampah sarap.
...
ADVERTISEMENT