CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Syukur Alhamdullilah.." Setelah Isteri Keguguran 3 Kali, Jamal Abdillah Bakal Timang Anak

25-7-2019 11:38 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12408| Komen: 48|Original author: Oleh: intan

Setelah keguguran hampir tiga kali sebelum ini, akhirnya Datuk Jamal Abdillah mengesahkan isteri beliau Datin Zai Izzati Khirudddin, 25, hamil enam bulan.

Datuk Jamal yang kini berusia 60 tahun juga mengatakan telah membawa isteri kesayangan beliau menjalani pemeriksaan mengesan jantina bayi dalam kandungan. Teka-teki itu terjawab apabila pasangan sensasi itu bakal menerima cahaya mata perempuan nanti.


"Alhamdullah, doktor beritahu bayi berada dalam keadaan sihat. Syukur sangat apabila doktor juga beritahu kami akan menimang cahaya mata perempuan nanti," ujar beliau ketika ditemuramah Harian Metro.

Menjawab persoalan kenapa baru sekarang diumumkan berita gembira ini kepada peminat, Jamal memberitahu bahawa dia menunggu masa yang sesuai. Tambahan pula dia (isteri) telah gugur banyak kali, jadi saya lebih berhati-hati. Tiada niat untuk berahsia dengan peminat,"


Sumber foto: MStar Online

"Saya harap peminat dapat mendoakan kesejahteraan dan selamat melahirkan bayi kami nanti," katanya lagi.

Datuk Jamal sempat mengalu-alukan peminat untuk memberi nama kepada bayi yang bakal lahir. Ujarnya lagi, mereka masih mencari nama yang sesuai dan maksud yang baik untuknya. Jika peminat ada nama yang baik boleh bagitahu saya dan isteri,"

Datuk Jamal dan Zai Izzati selamat bernikah pada 1 April 2017 yang lalu. Ini merupakan perkahwinan kali keempat Datuk Jamal di mana sebelum ini beliau pernah bersama dengan Basariah Abdul Latif, Noraina Yusof dan Fatimatuzahrah namun berakhir dengan penceraian.

Sumber foto : Kosmo online

Penyanyi terkenal itu juga mempunyai anak menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12. - CARI 



Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 25-7-2019 11:42 AM
lawanya bini tok jamal
Quote Kurex 25-7-2019 11:46 AM
Semoga dapat anak jamal abdillah
Quote awanysss 25-7-2019 12:06 PM
Kurex replied at 25-7-2019 11:46 AM
Semoga dapat anak jamal abdillah

buatlah anak sendiri.
Quote awanysss 25-7-2019 12:07 PM
cantiknye isteri dia. muda belia lg. huntung tok jamal. anak umur mcm cucu
Quote sribayu 25-7-2019 12:11 PM
Handsome bukak dua orang tu
Quote VirusDetected 25-7-2019 12:13 PM
semoaga mampu & bertenaga lg atok jamal utk menjaga babynya
Quote umbut 25-7-2019 12:16 PM
Cian anak dibagi nama  osama.. mesti kat sekolah kawan2 panggil dia osama laden.. tahniah dapat cucu... ehhh silap baby
Quote pumpkinpatch 25-7-2019 12:29 PM
bila cam ni tak kena pulak kecam. Ebby Yus tu pula orang nak kecam . Pilih bulu betol
Quote duquesne 25-7-2019 01:39 PM
Awet muda la Jamal ni.. tak nampak 60 tahun pun...
Quote kualibesi 25-7-2019 02:12 PM
Alhamdulillah, jaga diri
Quote tulanglampai 25-7-2019 02:15 PM
lawoo bini. mcm ada aura seksi dkt muka tu
Quote Boomibulat 25-7-2019 02:25 PM
awanysss replied at 25-7-2019 12:06 PM
buatlah anak sendiri.

X boleh sbb sperma dia berenang tanpa arah tujuan..
Quote hatikudus 25-7-2019 02:35 PM
Bilangan bini lagi ramai dr bilangan anak
Quote awanysss 25-7-2019 02:38 PM
Boomibulat replied at 25-7-2019 02:25 PM
X boleh sbb sperma dia berenang tanpa arah tujuan..

nak ade tujuan cane kalau salah pintu
Quote virgo19 25-7-2019 02:42 PM
Ada je pompuan nak kawin dgn tokjamal ni..
Quote Madel 25-7-2019 03:02 PM
Jamal 60
Bini 25?
Silap2 nti kawan2 sekolah ingat moyang yg anta gi sekolah
Bukan atuk
Quote ciwelireng 25-7-2019 03:23 PM
macam pak dengan anak pulo
kalau tak kaya mau.keh
Quote aemon 25-7-2019 04:04 PM
Ape petua tok mal dapat pikat budak muda?
Quote doubleA 25-7-2019 04:15 PM
semoga dipermudahkan, mesti excited anak perempuan pulak

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033956 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top