CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hebatnya, Daniella Sya Pernah Tolak 4 Tawaran Filem Hollywood!

26-7-2019 11:33 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 10938| Komen: 34|Original author: Oleh: Myeonir

Siapa sangka wanita yang menjadi watak sampingan 'Daniella' dalam cerita 'Jodoh-jodoh Annisa' merupakan antara pilihan popular produser di Hollywood.

Wanita ini ialah Daniella Sya berusia 30 tahun dan berasal daripada Alor Setar. Dia mendedahkan bahawa dia pernah mendapat 4 tawaran berlakon di Hollywood tapi terpaksa menolak kesemuanya kerana kekangan yang tak dapat dihindar.

Kredit foto: Instagram
1) Iron Man 3

Daniella menerima tawaran ini atas bantuan rakannya yang bekerja di studio yang menjalinkan kerjasama dengan produksi Hollywood.

“Ada satu babak yang memerlukan pelakon berbangsa Cina kerana ia syarat untuk filem ini ditayangkan di China. Kononnya penggambaran dibuat di China. Itu sebab mereka berikan tawaran kepada saya,” jelasnya kepada Harian Metro.


Pun begitu, Fan Bingbing telah menawarkan dirinya untuk watak itu dan semestinya pihak produksi telah memilih artis popular China tersebut kerana namanya yang besar. Pun begitu, Daniella tidak terkilan kerana menerima hakikat siapalah dirinya jika nak dibandingkan dengan Fan Bingbing.

2) Marco Polo

Bagi filem ini pula, Daniella telah ditawarkan watak Blue Princess dan pihak produksi tidak berhenti berusaha dan memintanya agar menghantar rakaman ujibakat.

Walau bagaimanapun, rezeki tidak memihak padanya kerana pada waktu itu dirinya terikat dengan Mediacorp, Singapura.

Kredit foto: Instagram
3) Crazy Rich Asians

“Mereka tanya jadual saya selepas uji bakat kali keempat. Apa lagi jawapan yang boleh saya berikan kerana pada ketika itu saya terbabit dengan latihan drama Dosa."

“Tapi akhirnya saya menyesal sendiri kerana jadual latihan akhirnya ditunda kepada tarikh lain. Ini memang silap saya kerana kurang pandai susun jadual,” katanya.

4) Power Rangers

Daniella tidak berani cuba nasib untuk filem ini walaupun didesak oleh ejennya kerana uji bakat untuk watak itu adalah untuk pelakon berusia 18 - 21 tahun.

Wanita ini tidak menyesal dan berkata bahawa dia masih berpeluang untuk mencuba nasib di Hollywood suatu hari nanti.


Kredit foto: Instagram
Hebatnya! -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 26-7-2019 11:56 AM
siapa dia nie? singaporean ke?
Quote PuanAbby 26-7-2019 12:02 PM
Pernah tolak ke ditolak? Belum hantar audition tape pun tolak tawaran ke. Clash drama tu paham la tolaka tawaran
Quote sundalbolong 26-7-2019 12:06 PM
Minat tengok lakonan dia ni. She s going to be Boom soon! Watch out guys
Quote freyayong 26-7-2019 12:11 PM
Cantik. Tp betul ke asal dr alor setar tuu. Ke singaporean?
Quote fushimi 26-7-2019 01:00 PM
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrmmmmmmmmmmmmm

sape ko pun aku tak kenal

kat atas tu lis nama sheols besar

kalau nama ko besar ofcos muka ko je kuar tv

ujung ujung ko belakon ngan amar laki mirah sajok

chaittttt
Quote Zalimohd 26-7-2019 01:01 PM
freyayong: Cantik. Tp betul ke asal dr alor setar tuu. Ke singaporean?

Cam duk dlm gua kau ni..
Quote Mfzg89 26-7-2019 01:13 PM
bukti mana bukti?? sape2 pn leh sembang kalau xde bukti..kita orang offer jadi ironman pn kita tolak tau.saja malas..caya x??
Quote damian_lee 26-7-2019 06:07 PM
Sembahg kencang ........ ajet
Quote September14 26-7-2019 06:16 PM
Klu dah smua ko x jadi berlakon apa motif ko nak cter? Nak bg org kagum ke? Lg org kata kau propa ada lah...
Quote RatuDunia94 26-7-2019 06:19 PM
Peghhh di punya sembang babi pon boleh terapung... baru hantar borang nak auditio dh claim "sign contract" dgn production us.. haha
Another Ramilah Begum Marvel??
Quote ciwelireng 26-7-2019 08:44 PM
huh mimpi di siang bolong
Quote kivio 26-7-2019 10:12 PM
Tak masalahnye
Nama pn xpenah dengar tiba2 je holiwud
Plywood nak ambik extra pon pikir dua tiga kali lol
Quote salmon-suki 26-7-2019 11:19 PM
Sape dia ni?dia pelakon ke?tgk mcm y movie hollywood tu mcm mostly dia guna "kabel" jah..kekeke~

Odisen pun x pernah pegi,kira boleh tolak offer ek?dia faham ke maksud "tolak offer" tu caner?
Quote chooper 27-7-2019 12:05 AM
Adakah sembang jugak ni
Quote pencintaABC 27-7-2019 12:11 AM
Curlast job dicaras fan bing bing
Quote caca_eric 27-7-2019 12:17 PM
Cantiknya.
Quote caca_eric 27-7-2019 12:19 PM
Cantiknya......
Quote idril 27-7-2019 02:39 PM
gebangggggg
Quote Ferr_Remy 27-7-2019 07:09 PM
Who are yusss? Tp muka mmg lawa giler..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049147 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top