Hubungan dengan nenek ini lain dengan hubungan ibu sendiri. Nenek punya sayang dengan cucu kadang-kadang lagi lebih dari ibu bapa sendiri. Kebanyakan cucu mesti mendapat perhatian dan kasih sayang yang banyak, kalau duduk berjauhan, rindu antara mereka memang tebal.
Seperti seorang individu di Twitter ini yang berkongsi perbualan Whatsapp dengan ibunya. Dia yang sedang menuntut di luar negara mendendangkan lagu lama pendek untuk lepaskan rindu dengan neneknya. Yang comelnya apabila neneknya turut membalas dan menyambung nyanyian cucunya itu. Tanpa disangka suara neneknya itu boleh tahan tau! Seperti penyanyi zaman 70-an. Ramai netizen memuji suara nenek itu yang mirip seperti Saloma serta seronok melihat hubungan nenek dan cucu yang rapat itu. |
Kurex replied at 1-8-2019 11:47 AM
Takde cerita lain selain dicedok dari twitter ke?
Boomibulat replied at 1-8-2019 11:49 AM
Mentang2 xde gmbr utk ko rebah didada..
ADVERTISEMENT