CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bodohnya Challenge Makanan Pelik, Muntah Makan Balik?"

25-7-2019 11:10 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5612| Komen: 33|Original author: Oleh: Shimmer Shine





Demi meraih populariti, ramai belia sekarang sanggup melakukan apa sahaja hatta nampak bodoh sekali pun. Kecoh di Twitter apabila seorang remaja menyahut cabaran mencuba makanan pelik. Itu masih tidak mengapa, namun apabila aksinya yang termuntah di hadapan kamera dalam masa sama membazirkan makanan mengundang kemarahan warganet.



Antara yang dicuba ialah nabati diletakkan sos, nasi bersama milo dan nuggert bersama susu cair. Lebih meloyakan apabila remaja yang dikenali dengan nama Aqiel ini muntah ke dalam mangkuk berisi nugget, kemudiannya mencuba sekali lagi menu muntah tersebut.


Hal ini membuatkan ramai warganet marah kerana perlakuan tidak senonoh tersebut dipertontonkan di media sosial hanya kerana mahukan perhatian. Apa lagi, ramai yang menyatakan supaya sikap bodoh tersebut jangan terlalu ditonjolkan sangat. Perlu beringat juga itu adalah makanan, jadi tidak wajar menjadikan makanan sebagai permainan.

Kredit foto: Twitter


"Jangan sesekali berdoa mintak murahkan rezeki kalau kita sendiri
tak reti nak hormat rezeki yang diberi. Berhenti memperbodohkan diri."

Cabaran makanan pelik ini adalah inspirasi dari Youtuber Amerika, Alonzo Lerone yang postnya mendapat sambutan hangat dari seluruh pelosok dunia. Bagaimanapun ianya pasti tidak sesuai untuk diadaptasikan dalam budaya dan nilai ketimuran orang Asia. Apatah lagi memuntahkannya di hadapan khalayak ramai sangat biadab sebenarnya.

Kredit foto: Twitter

Setelah mendapat kecaman bertalu-talu, akhirnya Aqiel tampil meminta maaf atas kesilapannya. Dia juga berjanji untuk lebih berhati-hati di masa akan datang  serta tidak lagi melakukan pembaziran dan kesalahan yang sama.



Jadi, permohonan maaf sudah dibuat, kita harus memaafkannya. Tetapi bagaimana untuk memastikan generasi akan datang lebih berhemah serta tidak membuat cabaran yang bodoh ini? Mungkin kita perlu mulakan dengan menularkan perkara yang baik supaya golongan belia akan terikut-ikut nanti. - CARI 


2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 25-7-2019 11:22 AM
Nt dh femes, kaya, tp dpt penyakit akibat makan mengarut mcm tu. Padan muka
Quote Kurex 25-7-2019 11:27 AM
Sesungguhnya bodoh itu percuma
Quote Levespa 25-7-2019 11:35 AM
setakat ni ada ke challenge yg cerdik?
Quote umbut 25-7-2019 11:35 AM
Aku suka tgk mukbang  isaac osman.. ada info gitau harga rasa makanan dgn jujur. X sedap dia ckp x sedap takda cover cam jjcm tv3
Quote Artemesiaa 25-7-2019 11:44 AM
Perbuatan yang sia-sia hanya kerana nak kan perhatian
Quote kaklong32 25-7-2019 11:49 AM
tolol challenge
Quote chinta89 25-7-2019 11:52 AM
hujung2 ayat 'saya maafkan org yg maki tu'

wey budak tolol ko yg mengundang cercaan org , mmg dimaki la. takkan ko hadap org puji???
Quote Boomibulat 25-7-2019 12:12 PM
twitter pn byr jgk mcm utube ke?
Quote aderaderker 25-7-2019 12:14 PM
umbut replied at 25-7-2019 11:35 AM
Aku suka tgk mukbang  isaac osman.. ada info gitau harga rasa makanan dgn jujur. X sedap dia ckp x s ...

Isaac Osman buat bubble tea challenge review minum sampai habis nam ke tujuh gelas..
Perut jenis apa tah..



Quote jijilaaa 25-7-2019 12:19 PM
budak dia pekat sngat ni...geli ak
Quote rocha 25-7-2019 12:24 PM
laen kali gunakanlah sedikit otak yg ada tu
Quote multinicky 25-7-2019 12:26 PM
Kurex replied at 25-7-2019 11:27 AM
Sesungguhnya bodoh itu percuma

xjgk chuols.. kene byr jgk nk beli biskut n sos tu untuk aksi bangang mcm tu
Quote Mfzg89 25-7-2019 12:35 PM
Makan taik dgn air kencing x nak cuba???
Quote prettyuglybabe 25-7-2019 12:45 PM
so dah boleh buat ig review ke belum?
Quote rayriff 25-7-2019 01:17 PM
bukan ke muntah tu najis mutawasitah sama macam tahi darah dan nanah ru semua. motif ko makan najis? baik ko makan tahi lembu la camtu. atau tahi orang untuk buat challenge yg lain pulak
Quote renko 25-7-2019 01:38 PM
maafkan orang yang caci maki konon
kau memang layak kena maki sampai mampos
badigol
Quote palmolive 25-7-2019 01:47 PM
berenti la bg promosi percuma pada org2 cmni
Quote buapakperut 25-7-2019 02:17 PM
eww dah huduh lagi buat perangai buduh
Quote piep 25-7-2019 02:22 PM
Ikut youtuber oversea kut, lupa nama dia, dia akan makan ikut follower's suggestion. mostly gross

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.091111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top