Seorang wanita di China dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh bekas teman wanitanya dengan menikam mangsa sebanyak 196 kali selepas bertengkar di sebuah bilik hotel di Hunan. Memetik Daily Mail, Fang Yao, 29, yang juga kaki judi berang apabila Wang Lei, 26, enggan memberinya wang untuk berjudi.
Menurut Tang Liping, rakan kepada Fang Yao dan Wang Lei, kedua-dua pasangan lesbian itu bekerja sebagai jururawat. Susulan pertengkaran itu, Fang Yao dikatakan mengejar mangsa dari tingkat sembilan hingga tingkat satu hotel berkenaan sebelum melibas leher dan tubuh Wang Lei dengan pisau. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Fang Yao melarikan diri dari hotel berkenaan. Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 pagi pada January 30, 2018 di bandar Yongzhou, wilayah Hunan dan Fang Yao ditahan polis pada hari sama.
Tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja, namun mahkamah memerintahkan hukuman mati ke atasnya ditangguhkan selama dua tahun pada 20 Disember lalu. Mengikut undang-undang negara itu, pesalah akan diberi penangguhan dua tahun sebelum hukuman dilaksanakan. Pada penghujung tempoh itu, hukuman akan dikurangkan kepada penjara seumur hidup jika individu terbabit tidak melakukan jenayah lain dalam tempoh berkenaan. Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mendesak Fang perlu dihukum bunuh. "Anak saya mati dalam keadaan tragis di tangan Fang Yao. Malah, keluarganya pun langsung tidak memohon maaf kepada kami sejak kejadian itu," tulis bapa Wang Lei di media sosial. - CARI
|
Kurex replied at 25-7-2019 02:05 PM
Dah sedap mengecat, kau nak duit pulak.
Boomibulat replied at 25-7-2019 02:12 PM
Kau tak takut ke kejadian mcm ni?
fifie_olin replied at 25-7-2019 03:01 PM
best ke lwn cat
kaoru44 replied at 25-7-2019 02:02 PM
Time dia kejar tu dr tngkt 9 ke tngkt satu tu xda org prasaan la eh..
lipans replied at 25-7-2019 02:27 PM
kalau laki semburit, kalau perempuan? cat** ke?
sukacactus replied at 25-7-2019 03:14 PM
Kurang sorang lesbian
jazaa100 replied at 25-7-2019 03:43 PM
Tapi yg mati tu cantikkkk.....
Yg buruk umor pjg pulakkk
ADVERTISEMENT