Siapa sangka, baru sahaja berumur 14 tahun seorang remaja sudah terlibat melakukan seks luar tabii. Namun, lebih mengejutkan remaja tersebut melakukan liwat atau seks secara paksa terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
Harian Metro melaporkan, suspek sudah pun ditangkap hasil aduan polis yang dibuat oleh ibu mangsa selepas anaknya mengadu sakit pada dubur. “Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 10 pagi ketika ketiadaan ibu mangsa di rumah,” kata DSP Aswandy Anis. “Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek tetapi tiada hubungan persaudaraan. Suspek juga didapati sudah tidak bersekolah,” katanya.
Mangsa kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut. - CARI
|
buapakperut replied at 25-7-2019 06:36 PM
taguna ko dahle tak sekolah, buat sundal kat anak orang, luar tabiie, muda2 dah napsu Syetan. sebat ...
ADVERTISEMENT