CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Sudah Keluar, Budak 2 Tahun Meninggal Kena Tinggal Dalam Kereta

25-7-2019 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7246| Komen: 41

Dek kerana kecuaian, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati selepas mangsa dibiarkan dalam kereta selama lebih kurang dua jam di Taman Sungai Raya dekat Langkawi Isnin lalu. 


Kosmo! melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta yang diparkir depan rumah datuknya sekitar jam 4 petang. 

Menurut Ketua Polis Kedah, mangsa dipercayai tertidur ketika datuknya, 73 tahun menjemput kakak dan abang kepada kanak-kanak itu dari Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Ladang Sungai Raya. 

Kredit foto: Kosmo!

“Datuk serta kakak dan abang mangsa kemudian telah masuk ke dalam rumah dengan menganggap kanak-kanak itu telah keluar dari kereta,” kata  Datuk Zainuddin Yaacob.


Ibu mangsa hanya menyedari kanak-kanak itu tiada di rumah dua jam sebelum dia mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia di dalam kereta. 

“Laporan penuh bedah siasat mangsa belu diperoleh dan berdasarkan laporan awal, punca kematian mangsa berkemungkinan akibat strok haba,” kata Zainuddin. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 25-7-2019 06:10 PM
Kes ni aku nak blame parents dia boleh? Bukan tanggungjawab atok dia nak jaga cucu. Penat la dulu jaga anak sendiri, ni cucu pun nak kena jaga
Quote anarina 25-7-2019 06:30 PM
prizadane replied at 25-7-2019 06:10 PM
Kes ni aku nak blame parents dia boleh? Bukan tanggungjawab atok dia nak jaga cucu. Penat la dulu ja ...

Ofcourse sis , atok 73 tahun , i ni hari2 fetch anak dr sekolah akan ada different type of alarm, takut wei br mid 30s pun kdg2 terlupa teruksss

1130am reminder utk fetch anak balik 1230p just incase aku terlelap ke nap kat sofa
1pm reminder yg anak dah ada dgn aku
Quote buapakperut 25-7-2019 06:34 PM
mudah-mudahan dijauhkan dari kita.pengajaran dia kat sini check anak kecil kat mana terutama lepas balik dari memana. tak pelik ke anak takde dalam rumah.?
Quote KIM.K 25-7-2019 06:49 PM
Omg..lagikan konvoi muda mudi pun tertinggal kawan2. Inikan pula anak kecik

Kalau penat sangat kita akan terlupa anak
Quote Foxey 25-7-2019 06:55 PM
Bukan dulu ada kes yang similar ke? Tapi mak budak tu suruh anak dia yang lebih tua make sure adik masuk rumah. People just won't learn.
Quote spitsid 25-7-2019 07:08 PM
Alahai kesian atuk nya.
Quote MsPercy 25-7-2019 07:12 PM
kesiannya.
Quote munchkin 25-7-2019 07:12 PM
Kasihan atuk.

Tapi apa pun peringatan pada semua nak keluar kereta check lah. Ni bukan kapalterbang.

Im sure kena lock kereta kan. Aku kalau lock kereta test bukak pintu depan pintu belakang sure kita nampak barang tertinggal.

Apa pun kasihan atuk dan baby tu. Alfatihah.
Quote aurorae 25-7-2019 07:38 PM
anarina replied at 25-7-2019 06:30 PM
Ofcourse sis , atok 73 tahun , i ni hari2 fetch anak dr sekolah akan ada different type of alarm,  ...

Masa anak2 kecik dan bersekolah dulupun aku ada macam2 alarm ambik/hantar anak, sebab memang lupa selalu. Anak kecik dalam car seat, nak keluar pastikan pegang dan pimpin tangan dia. Barang2 kemudian baru ambik.
Quote natrahn 25-7-2019 07:41 PM
cuainya... aku tak bole terima macam mana budak tu boleh tertinggal dalam kereta tu...azabnya dia meninggal macam tu..aku ada anak sebaya budak tu... (T_T).....
Quote EvieWanKenobi 25-7-2019 07:41 PM
pasti atuknya diselubungi rasa bersalah..
Quote jfq 25-7-2019 08:16 PM
"Datuk serta kakak dan abang mangsa kemudian telah masuk ke dalam rumah dengan menganggap kanak-kanak itu telah keluar dari kereta,” kataDatuk Zainuddin Yaacob.

Adoi budak baru umur 2 tahun camna kau assume boleh kluar kereta sendiri. Sah2 la kena assist
Quote immi 25-7-2019 08:37 PM
Mesti menangis nangis dia jerit kepanasan Ya Allah kesian sungguh dek cuai 2 jam baru sedar ank xde
Quote MissCarcosa9753 25-7-2019 08:45 PM
Nak dakwa atuk ke
Quote kualibesi 25-7-2019 08:53 PM
Weyy; knp xcheck dulu? Umur 2 tahun tu. Logik ka die blh kuo sendiri dari kete? Anak ak 2 tahun jugak wey
Quote dubuk 25-7-2019 09:10 PM
Edited by dubuk at 25-7-2019 09:15 PM

anak ialah tanggungjawab ibu dan bapa melainkan ibu dan bapa sudah tidak waras / mati. hal telah berlaku dan membelenggu sepanjang hidup..

ada ke kucing lain minta kucing lain tolong jaga anak

Quote dubuk 25-7-2019 09:12 PM
masa muda bela anak sudah tua bela cucu
Quote Kakalongmu 25-7-2019 09:41 PM
Atuk 73 tahun...mmg pelupa kot...sedangkan yg muda boleh terlupa apatah lagi yg tua
Quote riena3321 25-7-2019 10:08 PM
kesian slm takziah

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035457 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top