CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Cemburu Tanda Sayang" - Wanita Mengamuk Hempuk Teman Lelaki Dengan Laptop

26-7-2019 04:50 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6596| Komen: 53|Original author: Oleh: natrahn

Sebaik-baik manusia ialah orang lambat marahnya dan cepat padam perasaan marahnya. Tekanan dapat membuat seseorang itu menjadi hilang kawalan dan menjadi marah. 


Jika pasangan tidak bijak mengawal kemarahan, pastinya perkara yang lebih buruk akan berlaku. 

Imej - Twitter

Tular video di lamanTwitter yang menunjukkan seorang wanita hilang kesabaran di atas pesawat American Airlines yang akan berlepas dari Miami, ke Los Angeles pada 22 Julai 2019 lalu.
 
Video itu dikongsikan oleh salah seorang penumpang, Julia Scorupco dan telah dilihat lebih 7 juta kali dan diulangkicau sebanyak 39,000 kali. Dalam insiden itu, seorang wanita tidak dikenali mula memarahi teman lelakinya kerana didapati telah memandang wanita lain. Akibat perselisihan faham itu, krew kabin meminta pasangan tersebut segera turun  dari pesawat.

 
 
Memo, teman lelaki wanita itu bersetuju untuk turun dan teman wanitanya turut ikut serta tetapi masih tidak berhenti memaki hamun teman lelakinya. Pertengkaran mulut itu sampai ke kemuncaknya apabila teman wanita Memo mengeluarkan laptop dan terus menghempuk laptop tersebut ke kepala Memo.

Rata-rata penumpang dalam kapal terbang tersebut menjerit kemungkinan terkejut dengan tindakan wanita tersebut. Usai turun dari pesawat, wanita itu telah ditangkap pihak berkuasa. Akibat insiden itu, pesawat American Airlines telah lewat berlepas selama 2 jam. Menurut saksi, pasangan tersebut mula bergaduh di balai berlepas lagi dan ianya berterusan sehingga ke dalam pesawat.
 
Tindakan pantas krew kabin American Airlines berjaya mengawal situasi tersebut. Namun salah seorang pramugari turut mengalami cedera ringan. Cemburu tanda sayang. Mungkin itu yang dizahirkan oleh wanita tersebut. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 26-7-2019 04:52 PM
mujur tak pecah kepala mamat tu
Quote EvieWanKenobi 26-7-2019 04:58 PM
itu je makannya..
Quote fushimi 26-7-2019 05:01 PM
bodo dalam kapak terbang pun nak bergaduh
Quote kualibesi 26-7-2019 05:16 PM
hahahaha gangster gf pungggg. blm lakii lg tu, mauuuuu die gari aje laki nya
Quote natrahn 26-7-2019 05:19 PM
Fungsi lain laptop hhehe.. tapi laptop tu rosak tak?
Quote Boomibulat 26-7-2019 05:25 PM
fushimi replied at 26-7-2019 05:01 PM
bodo dalam kapak terbang pun nak bergaduh

Kapak terbang...? ngerinya
Quote RatuDunia94 26-7-2019 05:26 PM
Dh la kapal terbang sempit mcm tu lg ko nak bergaduh.. serabuttt
Quote multinicky 26-7-2019 05:42 PM
fushimi replied at 26-7-2019 05:01 PM
bodo dalam kapak terbang pun nak bergaduh

patutlah sheols mengamuk..dijanjikan kapal tp dpt kapak
Quote multinicky 26-7-2019 05:43 PM
shut the fuck up!
Quote gideoncross 26-7-2019 06:42 PM
Boomibulat replied at 26-7-2019 05:25 PM
Kapak terbang...? ngerinya

Trprasan gak dgn typo ni. Haha.

Quote ummuibrisim 26-7-2019 06:43 PM
klu cemburu biasa2 tu sweet la...tp klu dh main hempok2...emmm
Quote tungkai 26-7-2019 06:52 PM
Insecured bitch...
Quote QueenIsolde 26-7-2019 06:52 PM
Dah la sarah, memo ko tu xhensem pung ambik le kat ko
Quote Foxey 26-7-2019 06:53 PM
Brutal girlfriend mamat ni
Quote munchkin 26-7-2019 08:00 PM
Hmmmm. Kecian memo.

Pramugari tu terhentak kepala sekali ya. Kecian dia
Quote dramaking007 26-7-2019 08:30 PM
Tuhan
.......dasyatnya perempuan ni.hari ni pakai laptop esk lusa pakai berus jamban pi sondol.better lelaki tu blah jela kalau jnis suka usha org lain.takut nanti viral lagi skali kena hempuk dengan benda lain plak.ayoooo.
Quote sfrnna 26-7-2019 08:30 PM
Sian kena Queen control..
Quote sehirkedi 26-7-2019 08:43 PM
Garangnya.. Kalau bf dia dok ushar perempuan lain.. Takyah la hempuk kepale bf dgn laptop. Dia patutnya ushar lelaki lain yg jauh bertiang2 lebih hensem dari bf dia. Bf bukan hensem pon. Tinggalkan saja lelaki miang...
Quote junhoheart 26-7-2019 08:55 PM
mak aiii. ganassss ni

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036771 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top