CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lemas Dalam Baldi Taska

26-7-2019 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7463| Komen: 71

Bayi berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari kelmarin, lapor Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Difahamkan, penjaga taska berkenaan yang mencari Abdul Rayyan Mijan selepas tidak melihatnya di dalam bilik kemudian menemui mangsa dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi.

Pengasuh taska terbabit didakwa terlupa menutup pintu bilik air sebelum mangsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air berkenaan.

Sejurus kejadian, pihak taska menghubungi ibu mangsa, Royani yang kemudian bergegas ke taska berkenaan untuk mendapatkan anak tunggalnya itu.

“Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, petang tadi,” kata sumber.


Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, punca kejadian masih dalam siasatan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote simatakucing 26-7-2019 12:56 PM
Takziah,anak syurga. Akibat kecuaian lagi..takut dengar
Quote dua_chzy 26-7-2019 12:58 PM
Akak hairan mengapa pengasuh sunni suka sangat bunuh or cederakan baby.
Quote Kurex 26-7-2019 01:00 PM
Bersabarlah wahai ibu
Quote VirusDetected 26-7-2019 01:00 PM
inalillah...
semoga tabah la parents tu...ank tunggal kot
Quote fushimi 26-7-2019 01:02 PM
saman je taska tu

Quote Artemesiaa 26-7-2019 01:05 PM
Kecuaian membunuh bukan hanya dijalanraya
Quote ikanmasin 26-7-2019 01:10 PM
dah tau jaga bdk.ptt alert lah jgn biarkan pintu tandas
terbuka atau ada air kat dlm baldi..tau semua tu penyebab
jer tp tlg lah berhati2 selepas ni...
Quote bawangkecik 26-7-2019 01:22 PM
bila baca kes ni teringat weekend lepas aku bagi anak aku umur 1 tahun 4 bulan main kolam, air tak penuh pun. tapi sekejap je aku kalih tgk bunyi mat moto rempit tgk anak aku terjatuh dalam air pastu terkapai2. nasib la pandai bangun sendiri.

cuak woii

jgn tinggal anak sendiri ke anak orang ke main air
Quote ainashiqa 26-7-2019 01:25 PM
Takziah kpd family..
Quote lyza2474 26-7-2019 01:26 PM
Takziah ibu, Semoga di beri ketabahan... tak dapat bayangkan mak pun ada anak umur 7 bulan...
Quote cikbawang237 26-7-2019 01:36 PM
semoga ibu dan keluarga tabahhh....
Quote natrahn 26-7-2019 01:40 PM
Allah ..ralatnya
Quote awanysss 26-7-2019 01:59 PM
takziah keluarga mangsa..
Quote armin 26-7-2019 02:23 PM
Memang risau hantar kat pengasuh.. kalau hantar tawakkal je la..
Quote Boomibulat 26-7-2019 02:23 PM
Edited by Boomibulat at 26-7-2019 02:25 PM
Kurex replied at 26-7-2019 01:00 PM
Bersabarlah wahai ibu


Kesian baby boy ni..x sempat hidup lama
Quote Kurex 26-7-2019 03:05 PM
Boomibulat replied at 26-7-2019 02:23 PM
Kesian baby boy ni..x sempat hidup lama

Semoga dapat bertemu di syurga
Quote leylapple 26-7-2019 03:10 PM
dua_chzy replied at 26-7-2019 12:58 PM
Akak hairan mengapa pengasuh sunni suka sangat bunuh or cederakan baby.

sebab buat keja tak ikhlas di hati..nak duit tapi keja taknak...
Quote Boomibulat 26-7-2019 03:14 PM
Kurex replied at 26-7-2019 03:05 PM
Semoga dapat bertemu di syurga


Insyaallah...tp kena jgk usaha msk syurga..jgn asik dgn surga dunia je
Quote Kurex 26-7-2019 03:15 PM
Boomibulat replied at 26-7-2019 03:14 PM
Insyaallah...tp kena jgk usaha msk syurga..jgn asik dgn surga dunia je

Ok awak.. Terimakasih awak mengingatkan saya..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.122279 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top