CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 6 Tahun, Budak Ini Mampu Beli Rumah Mewah RM33 Juta

26-7-2019 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7623| Komen: 56

Semakin ramai bintang Youtube yang bergelar jutawan dengan hanya membuat review produk atau servis tertentu.

Terbaru, seorang kanak-kanak dari Korea Selatan dikenali sebagai Boram Tube dilaporkan menghadiahkan keluarganya dengan sebuah kediaman lima tingkat bernilai RM33 juta (9.5 bilion won). 


Si cilik yang hanya berusia enam tahun itu mempunyai 30 juta pengikut di dua saluran Youtube miliknya. 

Kediaman yang dibelikan khas untuk keluarganya pula terletak di daerah Gangnam, Seoul. 

Kredit foto: carian internet

Laporan Korea Times menyatakan, Youtuber cilik ini dianggarkan memiliki pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan. 


Saluran Youtube miliknya, 'Boram Tube Vlog' berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya 'Toy Review' mempunyai 13.6 juta pengikut. 

Pun begitu, pembelian rumah mewah itu diperkatakan oleh rakyat negara itu yang menganggap Boram dipergunakan oleh ibu bapanya. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 26-7-2019 03:19 PM
Conan dengan dochi dapat berapa pulak?
Quote Cpkay 26-7-2019 03:21 PM
wow.. hebat .. dengan buat review sahaja dah banyak income.. akak kerja sampai pencen pun tak merasa..
Quote mieymiey 26-7-2019 03:21 PM
seorang kanak-kanak dari Korea Selatan dikenali sebagai Boram Tube dilaporkan menghadiahkan keluarganya dengan sebuah kediaman lima tingkat bernilai RM33 juta


Sah-sah mak pak yang menghadiahkan untuk diri sendiri.
Quote Artemesiaa 26-7-2019 03:25 PM
Alasan biasa tak kan nak kata terang2 mak pak yang nak
Quote awanysss 26-7-2019 03:36 PM
bijaknye buat duit. kenapa la aku masa kecik tak sebijak ni
Quote setori_mori 26-7-2019 03:36 PM
mieymiey: Sah-sah mak pak yang menghadiahkan untuk diri sendiri.



Kuenz {:nose{:nose
Quote RatuDunia94 26-7-2019 04:09 PM
LHDN sana bertindak tak?
Quote cHimo 26-7-2019 04:19 PM
mieymiey replied at 26-7-2019 03:21 PM
Sah-sah mak pak yang menghadiahkan untuk diri sendiri.

Tak rugi pun beli rumah... ntah2 nanti budak tuh besar panjang dah meningkat harga rumah tuh... daripada simpan kat bank......
Quote cik.peah 26-7-2019 04:25 PM
budak ini lah yang anak2 iols suka sangat layan youtube diorang kat rumah. suka beno tengok2. ngan mak2 sekali layan.

bagusla mak pak nye guna duit dia beli rumah. investment tu.
ingat senang ke nak buat video review and vlog tu. nak edit apa lagi.
haduii.. banyak masa nak guna tu. kena jadi kreatif lagi.

bagus la good good good.
Quote susukambingbest 26-7-2019 04:41 PM
Ok la tu. Asalkn anaknya sronok jd youtuber n xdipaksa2 oleh mak ayahnya, ok jer. Aset kan. Kaya nau ko dik. Lps ni hrp makpaknya xder la nk beli kete mewah ke apa kan. Beli je la tanah, beli or buat umah sewa n simpan utk msa depn anknya tu plk
Quote cmf_premierleag 26-7-2019 05:14 PM
awanysss replied at 26-7-2019 03:36 PM
bijaknye buat duit. kenapa la aku masa kecik tak sebijak ni

zaman kita kekecik dulu mana ada cenel yutiub jah
yg ada cenel 1,2,3 siap ada program intisari rancangan lg
Quote syakuntala 26-7-2019 05:15 PM
ok la tu... nk siapkan youtube tu byk persediaan... mak pak dia ke yg sediakan? ank sya pun suka tgk
Quote mangkukhayun 26-7-2019 05:25 PM
okey la tu beli aset...nti adik ni dh besar..adik jual je la balik..
Quote awanysss 26-7-2019 05:27 PM
cmf_premierleag replied at 26-7-2019 05:14 PM
zaman kita kekecik dulu mana ada cenel yutiub jah
yg ada cenel 1,2,3 siap ada program intisari ra ...

maksud iols kalau iols comel boleh lah iols jd retis, carik duit. mesti waktu2 skrg iols jd instafamous dah
Quote JokesCop 26-7-2019 05:27 PM
Ler, memang la actress dia budak tu, yg dok edit, upload beli mainan rase2 sape plak?
Quote msdummy.2018 26-7-2019 05:43 PM
baguslah wei.....bila budak tuh dah besar...dh ada harta sndr (assume her parents bought the house on her name)..
Quote natrahn 26-7-2019 06:04 PM
awanysss replied at 26-7-2019 03:36 PM
bijaknye buat duit. kenapa la aku masa kecik tak sebijak ni

youtube takde lagi kot..tapi belum terlewat..boleh mula sekarang..
Quote Foxey 26-7-2019 07:03 PM
Nanti nak try tengok la channel budak ni. Curious lak nak tau
Quote jazaa100 26-7-2019 07:31 PM
Kat msia mcm fattahanas...

Tgok bapaknya tak payah keeja dah....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050271 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top