CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Lepas Cakap 'Bodoh La Polis', Penghantar Makanan Didenda RM1000

26-7-2019 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4707| Komen: 25

Melemparkan kata-kata hina 'bodoh la polis' kepada seorang anggota polis, menyebabkan seorang penghantar makanan didenda RM1,000 atau penjara dua bulan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur. 


Bernama melaporkan hukuman itu dijatuhkan selepas Mahathir Mohd Zin, 38 mengaku bersalah mengeluarkan perkataan itu sekaligus mengaibkan kehormatan anggota polis, Mohd Norhisyam Mohamad Ashari. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Ampang menghala Hospital Gleneagles, Wangsa Maju pada 23 Julai lepas. 

Kredit foto: AWANI

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Lelaki tersebut yang diwakili peguam Hasmah Nordin memohon denda paling minimum kerana anak guamnya mempunyai pendapatan tidak tetap dan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 26-7-2019 06:49 PM
Tu mau kita kata kat polis kena denda..yg dorang maki hamun org tunjuk kemas serupa haram boleh plak..sial lahh
Quote Foxey 26-7-2019 06:54 PM
Kan dah rugi seribu ringgit. Banyak tau seribu tu
Quote orgsepang 26-7-2019 07:23 PM
Wah, cakap begitu pun kena. Agak2 yang ini kena tak
Screenshot_2019-07-26-19-21-11.png
Quote zennaya 26-7-2019 08:17 PM
orgsepang replied at 26-7-2019 07:23 PM
Wah, cakap begitu pun kena. Agak2 yang ini kena tak

kalau ada org screenshot this komen,pastu pergi report polis,ada pulak forumer cari kena angkut pc or hp pegi balai.
Quote natrahn 26-7-2019 08:39 PM
erm...semoga Allah mudahkan urusan dia... apa pun kena jaga mulut dari keluarkan perkataan2 kesat...
Quote Jorja 26-7-2019 11:35 PM
Gaduh dgn polis tak kn menang punya
Quote c===8 27-7-2019 12:09 AM
Cepatnya jatuh hukum
Yg selongkar boot kereta polis haritu apa cerita?
Quote Xim 27-7-2019 02:20 AM
matbad replied at 26-7-2019 06:49 PM
Tu mau kita kata kat polis kena denda..yg dorang maki hamun org tunjuk kemas serupa haram boleh plak ...

Jarang ah diorg nk makin org kalau xde wat hal . Bak kate org melayu , kalau xde angin xkn pokok bgoncang
Quote Xim 27-7-2019 02:21 AM
c===8 replied at 27-7-2019 12:09 AM
Cepatnya jatuh hukum
Yg selongkar boot kereta polis haritu apa cerita?

Tu xpe . Raykat ade hak katenye . Kahkah
Quote Skuau 27-7-2019 02:47 AM
c===8 replied at 27-7-2019 12:09 AM
Cepatnya jatuh hukum
Yg selongkar boot kereta polis haritu apa cerita?

'TUTUP CERITA'.
Quote tumpanglalu74 27-7-2019 07:51 AM
orgsepang replied at 26-7-2019 07:23 PM
Wah, cakap begitu pun kena. Agak2 yang ini kena tak
[youtube]X7PoHrhUdxw[/youtube]
Quote bawangkecik 27-7-2019 10:19 AM
kalau pakai baju fuck police kena saman tak
Quote nenekglamer 27-7-2019 11:07 AM
Aku bnyk kali ckp 'awak jahat' kt mamat polis yg train aku kt gym. Last week aku pukul dia (tapi dia elak) sbb teruk sgt training session. Harap2 dia xsaman aku laa...
Quote orgsepang 27-7-2019 01:40 PM
zennaya replied at 26-7-2019 08:17 PM
kalau ada org screenshot this komen,pastu pergi report polis,ada pulak forumer cari kena angkut pc ...

Alahai, akak doakan semoga baik2 sajalah.
Quote orgsepang 27-7-2019 01:41 PM
tumpanglalu74 replied at 27-7-2019 07:51 AM

Ini lainnnn
Quote seramado 27-7-2019 02:13 PM
Itu makannya
Quote Mahathirina 27-7-2019 02:47 PM

[youtube]24HnNWfT_yE[/youtube]
Makan la..


Quote Tudunghitam 27-7-2019 05:30 PM
Polis rakam ke Masa dia cakap tu? X pasal pasal kena 1k
Quote slyfynx 27-7-2019 07:42 PM
Kalau cikgu orang cakap bodoh, termasuk pentadbir, PPD, JPN dan murid-murid sekali leh x  saman camtu jgk

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065292 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top