CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Ingat Saya Janda.." Suami Pemalu, Dian P Ramlee Kongsi Wajah Suami

27-7-2019 10:05 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 33654| Komen: 102|Original author: Oleh: intan

Jika anda peminat slot drama yang ditayangkan setiap petang dan malam pasti tidak asing lagi dengan wajah aktress Dian P Ramlee di kaca televisyen.

Sering melakonkan watak 'mak-mak' serta 'datin-datin', kehebatan Dian P Ramlee memang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Namun, amat jarang sekali bagi pelakon veteran tersebut mendedahkan satu sisi peribadi melibatkan ahli keluarga misalnya. Jika anda melewati laman Instagram beliau, banyak posting mengenai karier dan promosi drama dan filem. Lantas, Dian PRamlee juga tidak bebas daripada gosip!



Ketika ditemui MHE TV, Dian mengakui ramai yang bertanyakan sama ada Dian sudah bercerai dan berkahwin lain sedangkan rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta pada 28 September 1981 masih utuh sehingga kini.



"Suami saya hanyalah seorang dan kami masih kekal sehingga kini. Saya berkenalan dengan suami ketika umur saya 19 tahun dan bertunang setahun selepas itu," katanya.

Dian dan suami, Md Amanti Ahmad yang juga merupakan seorang pesara pramugara bernikah 38 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safri, 36, Sti Arianti,31, dan Siti Adianti,24.

"Alhamdullilah, rumah tangga kami masih bertahan sehingga kini. Saya akui saya agak konservatif dan tidak suka akan gosip dan publisiti murahan,"

"Namun, ada yang buat cerita konon saya pernah kahwin dua kali dah jadi janda sebab tak kongsi gambar suami dan anak-anak," ujarnya.




Menceritakan pengalaman ketika gosip tersebut sedang hangat, Dian dan suami tidak mengambil peduli dan hidup seperti biasa. 

"Malah, ketika di set dan mahu pulang, suami saya jemput dan kru menyangka itu suami baru saya. Saya bagitahu itu suami pertama dan terakhir! Hanya seorang suami saya!" tegasnya.

Menggelarkan dirinya sebagai 'mummy', Dian mengatakan suaminya tidak suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul di dada akhbar dan majalah. 

"Namun, kami pernah muncul dalam iklan kicap bersama anak-anak kami," katanya lagi.

Polisi kerja juga membataskan kemunculan suaminya untuk selalu menonjol dan terdedah di media massa. Malah, suaminya juga tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat dalam bidang seni.

Dian P Ramlee memulakan karier dalam bidang seni sejak tahun 1977 dan pernah membintangi filem-filem tempatan seperti Kisah Seorang Biduan dan pelbagai lagi. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-7-2019 10:07 AM
Baguslah.. Tak tunjuk kebahagian macam sesetengah artis tu
Quote bawangkecik 27-7-2019 10:11 AM
Kurex replied at 27-7-2019 10:07 AM
Baguslah.. Tak tunjuk kebahagian macam sesetengah artis tu

yang ni takmau peluk pulak
Quote kucingitam 27-7-2019 10:12 AM
elok jangan tunjuk, mummy..keep it low..i adore u
Quote RumiMenari 27-7-2019 10:18 AM
Kite pun ingt dian single mother selama ni..
Quote umbut 27-7-2019 10:20 AM
Tapi.. kisah hidup awal mummy x tau.. yg kata anak cina.. anak angkat tu.. cerciter lebih sikit.. nak tau ni
Quote Kurex 27-7-2019 10:20 AM
bawangkecik replied at 27-7-2019 10:11 AM
yang ni takmau peluk pulak

Taknak.. Tak baik rampas makcik2 punya..
Quote messymimi 27-7-2019 10:29 AM

hahahahaha yg ni iols nk gelak kuat2 kurex tu kt mana2 dia nk peluk...sudah nya yg makcik2 ni, tau pulak dia xnak
Quote megan_pox 27-7-2019 10:30 AM
Laki dia keje ape kena sorok tu
Quote bintangct 27-7-2019 10:52 AM
Anak pompuan xde ikut dia ke
Quote fadz84 27-7-2019 10:57 AM
megan_pox replied at 27-7-2019 10:30 AM
Laki dia keje ape kena sorok tu

Dia tulis situ Pesara Pramugara.. mungkin lps tu ada buat business ke apa xtau la kn.. hehe
Quote andaman 27-7-2019 10:59 AM
suka dian pramlee!
Quote siq 27-7-2019 11:14 AM
semoga kekal n bahagia... bagus la low profile n humble, semoga kekal begitu.. suka dian p ramlee (banding acik2 sebaya dia)
Quote Rob07 27-7-2019 11:24 AM
Kurex: Baguslah.. Tak tunjuk kebahagian macam sesetengah artis tu

{:full     I suka artis macam nih.. tak over!
Quote belilies 27-7-2019 11:30 AM
Ada gosip nakal masa tok misai putih negeri yg bjiran dgn negeri di bwh bayu, yg heols cuba nak ambik sheols jd bini tp xkesampaian. Masatu ingatkan sheols xde laki. So, blh imejin brp lama dh gosip tu, which is zmn tok misai putih berkelana setelah kmatian istri yg kemudiannya kawin janda meletops dr negara yereb.
Quote Kak-Leen 27-7-2019 11:44 AM
Ok la tu keep your family away from the limelight.. Enjoy that side of life.. Anak2 pun dpt hidup dengan normal. Xde la kecil2 dah dijual anak2 dalam ig bagai..
Quote ReginaGeorge 27-7-2019 12:06 PM
Happy ending.
Quote EvieWanKenobi 27-7-2019 12:07 PM
semoga family aunty dirahmati
selalu..
Quote kakakko 27-7-2019 12:12 PM
Bagusnya aunty...
Quote amerald 27-7-2019 12:19 PM
Suka tengok muka dia. Lembut je

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.228195 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top