Anugerah Stail EH! 2019 anjuran sebuah majalah gaya hidup dan fesyen terkemuka, EH! dengan kerjasama Lancome telah diadakan baru-baru ini di Equilatoral Plaza, Kuala Lumpur. Majalah EH! yang juga menyambut ulang tahun ke-20 pada hari anugerah tersebut telah mempertaruhkan 21 anugerah dalam memberi penghargaan kepada selebriti Malaysia yang berjaya mencipta nama dalam industri kecantikan, hiburan dan fesyen. Bertemakan Alter Ego, Anugerah Stail EH! itu dihadiri ramai artis terkemuka seperti Neelofa, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Awal dan Scha serta ramai lagi. Ternyata, kesemu yang hadir 'melaram sakan' mengikut tema yang disediakan. Antara senarai artis yang berjaya merangkul anugerah dalam majlis yang dianjurkan bersama Lancome Paris itu ialah;
Sumber: Gempak.com Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Tidak asing lagi jika di anugerah sebegini, pasti artis Malaysia mengambil peluang untuk bergaya habis! Jom kita tengok fesyen-fesyen yang dikatakan bertemakan 'Alter Ego' ini. Ikut tema ke tuu? |
mizzmimi replied at 27-7-2019 11:42 AM
Lopa macam termite dalam iklan racun serangga thailand tu.. Color scheme dia and dia punya hat, sebi ...
lotionmilo replied at 27-7-2019 11:57 AM
Ayda jebat punya alter ego siapa??
ADVERTISEMENT