CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hentikan Trend Makan Pedas dan Makan Banyak - Keduanya Bahaya!

31-7-2019 11:07 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9680| Komen: 53|Original author: Oleh: natrahn

Setiap orang mempunyai selera berbeza. Kalau tiada masakan pedas, setengah orang kurang berselera untuk makan. Manakala sebahagian orang yang lain meleleh hingus, berpeluh dan merah muka apabila makan makanan pedas. 


Kini, ramai orang di seluruh dunia berlumba-lumba menyertai cabaran makanan pedas dan adakalanya aktiviti tersebut dirakam serta dimuat naik di laman sosial secara langsung malah mereka boleh menjana pendapatan melaluinya.
 
Kredit foto: Google

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi hantaran di Facebook beliau menyatakan bahawa, trend cabaran makan makanan pedas dan trend makan banyak dalam masa yang singkat adalah trend menjejaskan kesihatan. Ini kerana  cabaran sedemikian selalunya dibuat dalam masa yang singkat itu boleh menyebabkan sistem pencernaan terganggu. 

 

Kredit foto:Google

Makan dengan gelojoh menyebabkan nutrien penting dalam makanan tidak dapat diserap dengan baik manakala makan diselangi minum air akan mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan perut kembung. Ketika ini kita akan cenderung untuk makan dan minum lebih dari kapasiti dan perkara ini jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi di mana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid. 

Kredit foto: Google

 
Kredit foto:Google

Sebenarnya, makanan pedas tidaklah secara langsung melukakan perut. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan memburukkan lagi keadaan individu yang sudah sedia ada memilikinya. Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, buasir berdarah dan cirit-birit.
 
Keupayaan bertahan makan makanan pedas serta penerimaan tahap kepedasan tidak sama bagi setiap orang. Bagi mereka yang tidak biasa makan pedas sejak kecil, ia mungkin boleh memberi kejutan pada tubuh. 

Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan pengambilan makanan pedas yang tidak keterlaluan secara berkala mampu menurunkan gejala refluks gastroesofageal yang mempunyai simptom seperti pedih ulu hati dan dispepsia (seperti senak perut).  

Oleh itu, makan makanan pedas adalah dibolehkan tetapi menu terlampau pedas haruslah dielakkan. Cabaran-cabaran makan banyak juga haruslah dihentikan kerana ianya memudaratkan. Sayangi perut anda. Semoga bermanfaat. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • WanieBahar

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 31-7-2019 11:10 AM
perut mesti ada tiga ruang.. air, makanan dan udara.. bersederhana lah..
Quote Kurex 31-7-2019 11:14 AM
Kalau makan pedas, aku akan makan dalam kuantiti sikit. Bukan sebab tak tahan pedas, nanti kesian fizo omar nak buat nafas mulut ke mulut
Quote natrahn 31-7-2019 11:26 AM
Kurex replied at 31-7-2019 11:14 AM
Kalau makan pedas, aku akan makan dalam kuantiti sikit. Bukan sebab tak tahan pedas, nanti kesian fi ...

kurexxxxx why fizo omarr
Quote Boomibulat 31-7-2019 11:28 AM
Kurex replied at 31-7-2019 11:14 AM
Kalau makan pedas, aku akan makan dalam kuantiti sikit. Bukan sebab tak tahan pedas, nanti kesian fi ...

Quote WandaMi 31-7-2019 11:29 AM
ni semua trend youtuber je..
Quote natrahn 31-7-2019 11:32 AM
dubuk replied at 31-7-2019 11:10 AM
perut mesti ada tiga ruang.. air, makanan dan udara.. bersederhana lah..

Setuju.... makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
Quote AznieBunnie 31-7-2019 11:50 AM
dubuk replied at 31-7-2019 11:10 AM
perut mesti ada tiga ruang.. air, makanan dan udara.. bersederhana lah..

saya baru tau.... ilmu baru ni. terima kasih.
Quote sarah82 31-7-2019 11:57 AM
GERD tu teruk bila kena...
Quote tagas 31-7-2019 01:10 PM
sume nak tiru matt stonie n tanboy kun mkn

mcm ade bela jin
Quote Pink_Purple 31-7-2019 01:13 PM
semua nak kena ikut trend
Quote rayriff 31-7-2019 02:25 PM
walaupon aku ni gila pedas sebab xleh makan nasi yang takdr cili tapi x terfikir lagi nak rosakkan badan aku dengan challenge2 gini.

Quote Artemesiaa 31-7-2019 03:07 PM
Jenis yang suka sahut cabaran sana sini yang suka buat kerja gila macam tu
Quote natrahn 31-7-2019 03:09 PM
azman124 replied at 31-7-2019 02:21 PM
Sekarang kalau buat YouTube pasal makan makanan pedas mcm Ramen mmg org suka tgk.

Mcm sorg Youtub ...

Saya rasa pelik vlogger ni makan banyak-banyak macam mana perut nak proses semua..tak rasa senak perut tu ke
Quote azimodin 31-7-2019 03:33 PM
yang makan makanan pedas tu i boleh terima lagi sebab dulu kat astro 707 pon ada rancangan man vs fire kalau x silap. 2 orang host pi menjelajah cari makanan yang pedas.

yang paling i x leh terima sekali mukbang show & boba hunting. Mukbang tu dah la makan polok2. terus rasa mual & putus selera - contohnya bebitora. bobahunting pulak ala2 nak buat acara initiation untuk bakal2 penghidap diabetes.
Quote uda 31-7-2019 03:38 PM
Bukankah ada research mengatakan makanan pedas akan menaikkan kadar metabolism kita so mereka galakkan makan cili or curry
Quote insulin 31-7-2019 03:39 PM
Makan sikit2 sudah la. Ni makan banyak2 memang confirm la sistem pencernaan kau overloaded.
Quote natrahn 31-7-2019 04:23 PM
uda replied at 31-7-2019 03:38 PM
Bukankah ada research mengatakan makanan pedas akan menaikkan kadar metabolism kita so mereka galakk ...

betul..cuma jangan terlampau pedas
Quote dubuk 31-7-2019 04:25 PM
AznieBunnie replied at 31-7-2019 11:50 AM
saya baru tau.... ilmu baru ni. terima kasih.

sama sama..

Quote rukia2 31-7-2019 07:40 PM
natrahn replied at 31-7-2019 04:23 PM
betul..cuma jangan terlampau pedas

jangan terlampau banyak juga.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.129962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top