CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Boleh Sentuh Anjing, Melihat Archie.." Arahan Meghan Dan Harry Dianggap 'Luar Biasa'

3-8-2019 09:40 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7476| Komen: 37|Original author: intan

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Frogmore Cottage di Windsor baru-baru ini telah diberi arahan untuk tidak boleh sama sekali melihat Archie dan menyentuh bayi pasangan diraja tersebut.


Senarai arahan tersebut telah diberikan kepada mereka yang tinggal berdekatan melalui mesyuarat penduduk dan perlu dipatuhi.

Antara senarai lain yang perlu diikuti ialah tidak boleh meneruskan perbualan dengan pasangan diraja tersebut, tawarkan diri untuk menjaga Archie serta menghantar surat ke peti surat kediaman pasangan tersebut. 

Sumber foto : The Sun UK
"Malah jika anjing pasangan tersebut mendekati penduduk, mereka tidak dibenarkan menyentuh anjing tersebut,". Untuk rekod, Meghan dan Harry mempunyai dua ekor anjing yang diberi nama Guy dan Labrador dan tinggal bersama mereka sejak September lalu.

Penduduk di kawasan tersebut mengatakan, "Ia sangat luar biasa dan kami tak pernah mendengar apa - apa (arahan) seperti itu sebelum ini. Semua yang tinggal di kawasan kediaman ini tahu tentang adab dan cara menghormati kerabat diraja,"

"Kami tidak diberitahu tentang cara ketika pertemuan dengan sang ratu. Ratu sangat suka dan gembira bertemu dengan orang ramai,"

Kawasan kediaman Home Park dan Great Park sekitar Windsor itu dikendalikan oleh Crown Estate. Seramai 400 orang tinggal di kawasan tersebut yang terdiri daripada kakitangan diraja dan pekerja Crown Estate.- CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-8-2019 10:14 AM
Nasib baik oks tak duduk sini..klu x mgkn mcm ni jgk perangai beliau
Quote Buritan 3-8-2019 10:14 AM
Woww hebat hebatt
Quote Buritan 3-8-2019 10:27 AM
Sian omputih dilayan spt paria aka dasar apateid..
Quote meteorspeed 3-8-2019 10:37 AM
Sian padahal jo hadap gak duit tax payer tp gigih buat rule. Bila la deme nak jasik democrat. Raja dah tak relevan.
Quote xtahumenahu 3-8-2019 10:42 AM
Senang aje...meghan n harry jgn keluar2 dr umah..sila berhibernasi dgn baby n anjing2 tu
Quote kucingitam 3-8-2019 11:03 AM
dok dlm gua je la..
Quote lilbub 3-8-2019 11:40 AM
Bahasa English klasik sangat list arahan tu
Quote Maria_Juana 3-8-2019 12:27 PM
Pasangan gila ni
Quote JohnDeSouza 3-8-2019 01:46 PM
X suka diganggu kot
Quote sharlenetexas 3-8-2019 03:25 PM
Deyols mmg menginap kat kotej katak tu ke?
Quote meisapoya 3-8-2019 03:32 PM
Terasa mcm baca sonnet je...
Quote Jorja 3-8-2019 03:42 PM
Betul ke tu arahan Meghan & prince harry
Quote buapakperut 3-8-2019 04:41 PM
bunyi macam kekwat, tapi myngkin ada sebabnya tu.huhu
Quote pearlady 3-8-2019 05:50 PM
kalau 2-2 ni mampus..jangan sapa pergi melawat
Quote Foxey 3-8-2019 11:54 PM
Mengada-ngada nyaaaa
Quote Rob07 4-8-2019 05:46 AM
Tu diaaaa.. banyak songeh pulakkkk!! selalu nya royal family nih jenis mesra alam .. Queen Elizabeth tu peramah dgn rakyat nya.. katanya lah {:love
Quote sukacactus 4-8-2019 07:47 AM
Dok la jauh2 dr manusia
Jgn la memunculkan diri kalau mcm ni rupanya
Quote RatuDunia94 4-8-2019 02:33 PM
meteorspeed: Sian padahal jo hadap gak duit tax payer tp gigih buat rule. Bila la deme nak jasik democrat. Raja dah tak relevan.



Kannn.. sape nk duit kena keje.. buka hadap duit rakyat..
Quote phonon 4-8-2019 03:31 PM
enggang dan pipit manakan terbang sama tinggi...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 1.139101 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top