|
Kebelakangan ini memang musim orang buat 'food challenge' pelik-pelik ke? Selepas 'insta famous' dan 'youtuber' menyahut cabaran ini, nampaknya ada artis yang turut mahukan perhatian. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga, Ara Johari turut menyahut cabaran. Tetapi lebih ekstrim dengan mencampurkan mee pedas bersama durian! Bersama 4 rakannya, mereka memulakan cabaran tersebut dengan menggaulkan durian Musang King ke dalam mee pedas giler 2x. Setelah digaul bersama, ia kelihatan seperti keju! Pada mulanya mereka berempat makan dengan laju dan seperti tiada apa yang berlaku. Namun, tidak lama kemudian, wajah Ara tidak selesa hingga terpaksa meminta plastik untuk memuntahkan semua yang dimakannya! Hal ini membuatkan ramai warganet yang marah dengan cabaran memudaratkan.
|






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.547219 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.