|
Penyanyi, Ning Baizura Sheikh Hamzah dengan penuh sebak mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang telah membantunya dalam satu insiden agak mencemaskan, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, Ning menjelaskan dia terpaksa meminta bantuan bomba di Balai Bomba Jalan Pantai untuk menanggalkan cincin yang tersekat di jarinya selepas melakukan persembahan pada Jumaat. Menurut Ning, seharian cincin berkenaan tersekat di jari tengahnya kerana gagal ditanggalkan akibat terlalu ketat. Pelbagai cara sudah dilakukannya termasuk menggunakan sabun dan minyak, namun usahanya tetap gagal sehingga dia ke klinik.
Doktor bagaimanapun menasihatkan Ning supaya berjumpa pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
|
bomba 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.593007 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.