CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Setahun Dua, Tapi 17 Tahun Tunggu Gaji Tak Berbayar

31-7-2019 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5510| Komen: 30

60 bekas pekerja sebuah kilang di Bandar Seri Alam merintih nasib menunggu bayaran tunggakan gaji sejak 17 tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Ramli Warith, 52, antara 60 bekas pekerja terbabit mendakwa 17 tahun mereka menunggu bayaran tunggakan gaji. 


Difahamkan, Ramli yang mula bekerja di syarikat berkenaan sejak 1988 hingga 2002 masih belum menerima tuntutan gaji yang keseluruhannya berjumlah RM195,631.

Katanya, bekas majikan mula berdepan masalah pembayaran gaji pekerja pada 2001.


Kredit foto: Harian Metro

Berikutan itu, 60 pekerja yang terjejas mengadu mengenai masalah tunggakan bayaran gaji kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor.

“Pada 20 November 2002, Pejabat Tenaga Kerja memutuskan dan mengeluarkan arahan supaya syarikat itu membayar gaji dan elaun 60 pekerja yang tertunggak berjumlah RM195,631 menerusi arahan Penolong Pengarah Buruh Kanan.


“Malangnya sehingga kini kami tidak menerima bayaran berkenaan menyebabkan kebanyakan daripada kami membuat laporan polis selain mengadu kepada Jabatan Insolvensi Malaysia,” katanya.

Pada 2007, Ramli membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi berikutan tidak menerima tuntutan gaji sebanyak RM9,000.

Lebih 10 kali berulang-alik dalam usaha menuntut tunggakan gaji, namun tiada maklum balas memuaskan daripada pihak Pejabat Tenaga Kerja.

“Pejabat Tenaga Kerja menyatakan perintah pembayaran sudah dikeluarkan dan ia menjadi tanggungjawab majikan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kebanyakan daripada kami kurang berpelajaran dan tidak tahu saluran bagi menuntut hak dan pembelaan kerana bekas majikan masih tidak membayar gaji kami,” katanya.

Lebih terkilan apabila tiga rakannya yang bekerja di kilang sama sudah meninggal dunia tanpa menerima tunggakan gaji mereka.

“Walaupun mereka sudah tiada, hasil titik peluh mereka seharusnya dibayar kepada keluarga dan saya berharap pihak berkaitan bertindak sewajarnya membantu kami.

“Kami sedar kilang berkenaan masih beroperasi, namun sudah diubah nama syarikatnya.

“Ada antara kami yang sudah berusia 70-an dan dimamah usia. Kami tidak pasti sehingga bila berdaya untuk menanti bayaran tunggakan gaji itu,” rayunya. - CARI

Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 31-7-2019 11:14 AM
mak aii lama gila menunggu

sebulan dua pon dah meroyan wei
Quote natrahn 31-7-2019 11:29 AM
Ya Allah..lama nya... semoga dorang dapat la gaji 17 tahun tu...
Quote Simunggu 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???
Quote gaara_X 31-7-2019 11:46 AM
woww....bangsa mana tu....sampai cam tu sekali berlaku....
Quote Artemesiaa 31-7-2019 11:50 AM
Punyalah lama mereka bersabar, moga ada jalan penyelesaian segera buat mereka
Quote izzah_ok 31-7-2019 12:06 PM
sama dgn arwah ayah ku..huhu dulu dia keje hotel merlin,kl..tak dpt gaji 3bulan terakhir nya... tahun 1990.. dah 30tahun.. nak tuntut pun susah, sbb company/management dah bankrupt...
skrg pun hotel merlin tu dah tukar jadi concorde
Quote prettyuglybabe 31-7-2019 12:10 PM
ada lagi ke company tu masalahnya?
Quote meow_tompok 31-7-2019 12:34 PM
prettyuglybabe replied at 31-7-2019 12:10 PM
ada lagi ke company tu masalahnya?

kilang masih ada beroperasi, cuma dah tukar nama. Bole jadi tukar management sekali la kot.  


Quote Pink_Purple 31-7-2019 12:53 PM
siannya..ditindas..
Quote buapakperut 31-7-2019 01:32 PM
astaga ... 17 tahun khau tunggu?
Quote paz 31-7-2019 02:47 PM
Lama sungguh, semoga dapat settle dengan cepat. Kasihan orang itu.
Quote Meiizu 31-7-2019 03:29 PM
kesiannya..keluarkan arahan tu mcm ckp mulut je keee??enforcement  mana?
Quote anony-mous 31-7-2019 03:29 PM
Simunggu replied at 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???

Kan dia kata dah lama dia tuntut tp sbb dia xpndai, so xtau saluran yg betul. Agknya medsoc pon xreti guna. Kesian pulak. Kejam sgt mentang2 diaorang ni miskin
Quote awanysss 31-7-2019 03:42 PM
Simunggu replied at 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???

pakcik iols keje kat salah satu kilang femes kat malaysia ni.
dorang pernah berhenti kan pekerja ramai2, and by right should pay compensation kan.
dorang janji nak byr, tp tak byr2.. bila fight kat court pakcik i and the gang kalah..
maybe lawyer kilang tu hebat.. kesian pekerja2 yg teraniaya tu..
Quote RED 666 31-7-2019 03:46 PM
17 hidup tanpa gaji cmna diorg sara hidup ya
Quote ainashiqa 31-7-2019 05:48 PM
Lamanya tunggu.. Abis tu 17tahun tu mkn pakai ape? Kesabaran tahap tertinggi betul
Quote gigahertz 31-7-2019 09:50 PM
RED 666 replied at 31-7-2019 07:46 AM
17 hidup tanpa gaji cmna diorg sara hidup ya

i menang kes nnti i bayar la.
u tau kan i bukan xde gaji. i menang i bayar la.
Quote Buritan 31-7-2019 11:10 PM
cikatilia replied at 31-7-2019 11:14 AM
mak aii lama gila menunggu

sebulan dua pon dah meroyan wei

Siannya.. bertabahlaa
Quote Jorja 1-8-2019 07:32 AM
Tunggakan gaji ni

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.193232 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top