Ikan merupakan salah satu sumber protein yang ada dalam piramid
makanan. Bagaimanapun melalui perkongsian Dr Hafiz Sulaiman menerusi mingguan
wanita mengatakan ada beberapa jenis ikan yang perlu dielakkan untuk dimakan
oleh golongan yang ada alahan terutama yang menghidapi penyakit seperti Ekzema,
Gerd serta wanita yang sedang berpantang selepas bersalin. Terdapat 5 jenis ikan yang disebut iaitu : 1.Ikan Bawal Hitam/Emas 2.Ikan Pari 3.Ikan Tongkol 4.Ikan Cencaru 5. Ikan Kembung Ikan- ikan ini mengandungi asid amino histidin yang
berpotensi bertukar kepada bahan kimia saraf. Iaitu histamin yang terjadi
akibat dari kuman yang hinggap pada makanan ini. Oleh sebab itu, makanan yang
tinggi histamin boleh menyebabkan keradangan bagi orang yang mengalami alahan. Secara teori saintifik, histamin yang tinggi boleh mengakibatkan : 1. Ekzema : Ruang dan kegatalan yang teruk 2. Alahan Atopi seperti asma dan resdung 3. Migrain atau sakit kepala secara tiba-tiba 4. Rasa sakit seperti senggugut 5. GERD, berlaku pada pesakit yang ada radang gastrik (
boleh mengakibatkan sakit perut, kembung, berdebar-debar dan sesak nafas ) 6. Badan menjadi sensitif, mudah kena radang bengkak. 7. Emosi dan mental terganggu dan mencetuskan stres,
meroyan, berfikiran negatif dan pelupa. Jadi melalui sumber ini, langkah berhati-hati boleh diambil kepada sesiapa di luar sana yang mempunyai alahan. Elaklah pengambilan ikan-ikan ini, mungkin ia berkesan kepada anda. - CARI |
prettyuglybabe: bukan ada doktor tu kata what is pantang ke?kejadah tak boleh makan itu ini..ni bukan zaman tok nenek nak pantang-pantang
noraidil_06 replied at 6-8-2019 01:22 PM
Doktor pakar pemakanan ke? Mcm semua ilmu doktor Ade. Eiwww sgt la geng doktor ni
prettyuglybabe replied at 6-8-2019 01:44 PM
ala.. geng-geng doktor pompuan yang perlekeh pantang zaman tok nenek dulu..
what is pantang? maka ...
noraidil_06 replied at 6-8-2019 02:02 PM
Tau Tau. Doktor rusyainie ke apatah
chicozinn replied at 7-8-2019 10:46 AM
siyes la doc rusyainie tu??cm xpercaya je..huhu
noraidil_06 replied at 7-8-2019 11:01 AM
Yes dia la. Batu kayu pun telan agaknye blh telan.
chicozinn replied at 7-8-2019 11:16 AM
ok, done read her post on fb..for me, agree to disagree on some points..lagi2 part minum air 2-3 l ...
ADVERTISEMENT