CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Lain Asyik Keluar Single, Khai Bahar Jual 4,000 Unit Album Penuh

2-8-2019 10:39 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 11909| Komen: 77|Original author: Oleh: HakirRahman

Pada zaman digital kini, tidak ramai artis yang mahu mengambil risiko mengeluarkan album penuh. Selalunya, hanya artis yang betul-betul ada nama seperti Siti Nurhaliza berani mengeluarkan album penuh. 

Jualan album CD pun tidak semeriah dahulu sebab peminat hanya mendengar lagu digital di platform Spotify atau di saluran YouTube sahaja. 

Jadi, tindakan Khai Bahar mengeluarkan album penuh 11 lagu memang berani. Syarikat rakamannya hanya mencetak 5,000 unit dan sehingga sekarang sudah terjual 4,000 unit selepas seminggu mula dijual. 

Jauh betul beza kan? Zaman dulu Ella, Raihan dan artis top paling lekeh akan terjual berpuluh ribu unit. 




Dilaporkan Harian Metro, Khai Bahar berkata, dia sendiri tidak menyangka albumnya akan terjual secepat itu. 


Khai Bahar dan Siti Nordiana
Foto: Instagram

"Sejujurnya, saya tidak menjangka sambutan hebat diberikan untuk album pertama ini. Apatah lagi sekarang bukan trend penyanyi mengeluarkan album penuh selain kuasa membeli yang semakin berkurangan dalam kalangan peminat.


"Apapun, saya berterima kasih dengan pihak NAR atas penerbitan album ini. Walaupun saya bukan lagi artis NAR, tapi mereka masih sudi merealisasikan impian ini," katanya. 


Betullah kan, kadang-kadang bukan peminat tidak mahu membeli, tapi berkira nak beli. Kalau betul berbakat dan peminat yakin dengan kualiti, barulah kita bersedia mengeluarkan duit untuk membeli CD. Kalau setakat satu lagu sahaja sedap, baik dengar di YouTube kan? 


Album 11 lagunya itu mempunyai lima lagu baru dan selebihnya single yang dikeluarkan sebelum ini. Tahniah, Khai! - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wordlife 2-8-2019 10:42 AM
It's Khai Bahar kot
Quote Boomibulat 2-8-2019 10:45 AM
@Kurex beli berape?
Quote Kurex 2-8-2019 10:47 AM
nasib baik tak jadi macam album hati terkunci kak engku..
tapi aku tak terfikir nak dengar lagu2 dia..
Quote rayriff 2-8-2019 10:49 AM
er raihan berpuluh unit jah? biar betik fakta ko ni.raihan tu kan level international
Quote Kurex 2-8-2019 10:55 AM

petik nama aku pulak.. aku tak pernah beli album retis dari kecik sebab rumah aku mana ada dvd/cd player..sedih weh.. masa sekolah, kalau nak dengar lagu retis, aku pergi cc semata nak dengar lagu dekat esnips & apa ntah lagi website tu.. nasib baik ada headset dkat cc.. sambil dengar lagu, sambil update myspace, lepas tu main dota..
Quote armin 2-8-2019 11:10 AM
rayriff: er raihan berpuluh unit jah? biar betik fakta ko ni.raihan tu kan level international

Menipu jah raihan jual berpuluh unit. Zaman tu mp3 pun belum ada
Quote kualibesi 2-8-2019 11:27 AM
khairina
Quote Skuau 2-8-2019 11:31 AM
dedulu...artis boleh jual beratus ribu unit kaset(bbnu kenal x menda ni?).Search,May,Wings,Ella.
Quote damian_lee 2-8-2019 11:34 AM
Boomibulat replied at 2-8-2019 02:45 AM
@Kurex beli berape?

Chuolss ingat kurex lesbian ke

Hahahahah
Quote sarah_ary2 2-8-2019 11:51 AM
armin replied at 2-8-2019 11:10 AM
Menipu jah raihan jual berpuluh unit. Zaman tu mp3 pun belum ada

Kan? Tak salah Raihan ratus ribu jualan album Puji Pujian dulu sampai masuk Guiness Book of Malaysia?
Quote Yokot 2-8-2019 12:18 PM
Tahniahlh khai bahar. Iols salah sorang yg beli..sebagai kenang-kenangan..btw kurangkn pos pasal khainana k..rengsa tul ngan royanan shipper ini...
Quote RatuDunia94 2-8-2019 12:22 PM
Zaman skrg retis2 buat album just utk collecter item je.. so nk capai 1 ribu pon payah. Unless retis tu ada nama besar lah.
Quote Yokot 2-8-2019 12:22 PM
sarah_ary2 replied at 2-8-2019 11:51 AM
Kan? Tak salah Raihan ratus ribu jualan album Puji Pujian dulu sampai masuk Guiness Book of Malays ...

Jualan masih tertinggikn dlm industri hiburan Malaysia..dlm 600k lebih gitu..
Quote Yokot 2-8-2019 12:24 PM
Kurex replied at 2-8-2019 10:47 AM
nasib baik tak jadi macam album hati terkunci kak engku..
tapi aku tak terfikir nak dengar lagu2 di ...

Kagum plak iols dengan kerajinan chuols mgomen...surirumah ke apa ni?
Quote Kurex 2-8-2019 12:44 PM
Yokot replied at 2-8-2019 12:24 PM
Kagum plak iols dengan kerajinan chuols mgomen...surirumah ke apa ni?

Takdelah rajin.. Asal ada masa terluang dekat opiss ni, boleh komen dekat thread tertentu.. Tapi aku laki, surirumah mende.. Hahaha
Quote September14 2-8-2019 07:59 PM
X pyh la banding dgn penyanyi zmn dlu... hello dulu nk dpt dgr lgu favourite pun susah kna tgu pilihan bersama kat redio muzik lpstu rekod.... klu yg kje tu bru la mmpu beli kaset cd dgr kt radio. Tu je medium yg ada ofcos la jualan beratus ribu... klu xde cetak rompak mau berjuta. Kakak aku album raihan, ct, elite semua beli cetak rompak tau
Quote cicicumel 2-8-2019 08:25 PM
4k unit cd fizikal mmg hebat la kan utk new artist. tahniah.. skrg zaman donlod je.. laptop pon skrg nipis dah xde cd player.. kereta pon dh byk xde cd player. smua digital.
Quote armin 2-8-2019 10:06 PM
sarah_ary2 replied at 2-8-2019 11:51 AM
Kan? Tak salah Raihan ratus ribu jualan album Puji Pujian dulu sampai masuk Guiness Book of Malays ...

Meols la salah sorg pembeli album raihan dulu haha. Tt ni tak buat homework main tibai je fakta salah
Quote Ahsanta 3-8-2019 02:11 AM
Waduh2 tt pon..dia punya compare ke laut betul. Tak yah la veza dgn zmn batu kita dulu  sah2 la zmn dulu mmg zaman kaset n cd. Zaman digital skrg ni, mmg susahla cd nak kuasai pasaran. So, congrats dik KB. 4000 unit tu bg iols sesuatu yg sgt wowwwww

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.128525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top