|
Mungkin cinta telah mengetuk pintu hati, lagipula tidak salah rasanya memandangkan penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon serta hos, Jasmine Suraya untuk mengulit cinta.
Baru-baru ini, Sufian Suhaimi ataupun lebih dikenali sebagai Baby Pian di kalangan peminat telah membuat kejutan istimewa kepada Jasmine yang menyambut ulang tahun ke-5 penglibatannya dalam industri seni hiburan tanah air. Sweet sangat! Dalam majlis itu, Sufian telah menghadiahkan Jasmine dengan mendendangkan dua buah lagu kegemaran beliau di hadapan lebih kurang 30 peminat. "Jika saya boleh buat orang gembira dengan kehadiran saya, kenapa saya tak nak buat?" "Saya percaya momen ini diatur antara pengurusan saya dan dia (Jasmine), saya pula kebetulan tak ada komitmen lain jadi rasanya tak salah untuk saya ceriakan majlis itu."
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039455 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.