CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lori Bawa Susu Terbalik - Waris Mohon Susu Dipulangkan Semula

2-8-2019 11:50 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13552| Komen: 96|Original author: Oleh: natrahn

Dosa bagi mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Hukumnya adalah haram mengambil barang atau makanan dari kenderaan yang terbabit dengan kemalangan sekiranya barangan tersebut diambil tanpa kebenaran pemiliknya.

 
Ihsan - FB Alinie Nasyira
 
Satu rakaman video berdurasi 28 saat yang memaparkan beberapa penduduk kampung mengutip susu tular di laman Facebook di mana orang ramai dilihat mengutip susu dari lori yang terbalik di simpang tiga Kampung Tawang di Bachok, Kelantan Darul Naim pada 31 Julai 2019. Lori bermuatan susu yang dalam perjalanan menghantar bekalan sekitar Bachok berkenaan terbalik menyebabkan ribuan stok susu bertaburan di atas jalan raya. 
 

 
Terkini, anak kepada pemilik lori yang terbalik itu, Puan Alinie Nasyira menyeru orang ramai yang mengambil susu tersebut supaya mengembalikannya. Menurutnya lagi, kanvas lori tersebut telah dikoyakkan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil susu yang berada dalam lori walaupun tiada kebenaran diberikan untuk berbuat demikian. 

Puan Alinie turut memaklumkan bahawa sekiranya susu yang kemek atau sedikit rosak diambil tidak mengapa, tetapi individu tidak bertanggungjawab mengambil susu yang masih elok dengan kuantiti yang banyak dan diangkut menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan. 
 
Ihsan : FB Puan Alinie
 
Seperti  biasa, perkara viral seperti ini mendapat pelbagai reaksi dan kecaman netizen.
 
Habislah satu kampung kena kencing manis... 
 
 
Harap dapat himpunkan setempat supaya senang pemilik kira semula. Barang percuma semua berebut...

 
Mencuri namanya jika ambil barang yang bukan hak kita...
 

Insiden ini kelihatan kecil dan remeh tetapi hakikatnya ia adalah besar kerana memberi cerminan sikap masyarakat kita yang amat gersang dari pengisian rohani dan etika, sehingga tergamak mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Semoga individu yang terlibat mengambil susu tersebut dapat memulangkan semula pada pemiliknya. - CARI 
2

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 2-8-2019 11:54 AM
Melayu born muslim ni depa cuma tau makan babi dan minum arak je yang haram...

Nak salahkan siapa?
Ustaz/ustazah mengajar tak bagus ke?
Quote zulka 2-8-2019 11:54 AM
kenyangla minum susu
Quote suduseno 2-8-2019 11:59 AM
Siap angkut naik lori x tahan. Ni baru susu kalau dajal tabur duit berkicau lari amek duit. #donedakwah
Quote RatuDunia94 2-8-2019 12:02 PM
sarahmirza: Melayu born muslim ni depa cuma tau makan babi dan minum arak je yang haram...Nak salahkan siapa?Ustaz/ustazah mengajar tak bagus ke?



Asalkan bukan BABI
Asalkan bukan ARAK
Asalkan BERTUDUNG

yg lain ok!
Quote Boomibulat 2-8-2019 12:07 PM
suduseno replied at 2-8-2019 11:59 AM
Siap angkut naik lori x tahan. Ni baru susu kalau dajal tabur duit berkicau lari amek duit. #donedak ...

Dok molek ambk baghe oghe tanpo kebenare..bulih doso ko pok cik..
Quote natrahn 2-8-2019 12:07 PM
Boomibulat replied at 2-8-2019 12:05 PM
Molek nyo panga org isele..

Mungkin ada salah faham. Katanya pemilik lori bagi kebenaran ambil susu... sedangkan awal lagi pemilik lori dah dibawa ke hospital.... lagipun kalau tak bagi kebenaran orang kita memang pantang tengok benda berterabur macam nih...uhuu
Quote slavehunter 2-8-2019 12:08 PM
Tula kan tak baik ambik barang orang dilanda musibah. Dah la accident, barang dikira curi tu.
Quote Boomibulat 2-8-2019 12:11 PM
RatuDunia94 replied at 2-8-2019 12:02 PM
Asalkan bukan BABI
Asalkan bukan ARAK
Asalkan BERTUDUNG

Alhammdulillah rezeki lori terbalik..satlagi sedekah ke masjid setin dua kira ok la.
Quote matchstick 2-8-2019 12:14 PM
Susu pekat manis rupa nya... Aku ingt fresh milk yg cpt rosak tu. Mmg x patutlah pegi ambik sedangkan tuan dia x izin sbb boleh jual lg.

Kalau fresh milk tu pun tetap x boleh ambik kalau tuan x izin wpun nmpk mcm pembaziran sbb susu rosak
Quote mdhelmi 2-8-2019 12:14 PM
saya nampak pakcik berkopiah
Quote CiliPadiSedap 2-8-2019 12:20 PM
cuba kalau babi terbalik? confirm tiada siapa ambil
Quote SWORKS27 2-8-2019 12:22 PM
kalau lori arak, babi tegolek..tau pulak benda tu haram,...
Quote Boomibulat 2-8-2019 12:25 PM
CiliPadiSedap replied at 2-8-2019 12:20 PM
cuba kalau babi terbalik? confirm tiada siapa ambil

Klu babi x sempat kutip sbb babi lari msk hutan terus..kecuali babi yg dh di golek..
Quote aechae 2-8-2019 12:27 PM
RatuDunia94 replied at 2-8-2019 12:02 PM
Asalkan bukan BABI
Asalkan bukan ARAK
Asalkan BERTUDUNG

Ahaaa...bru nk tulis gak asalkn bkn babi
Quote rayriff 2-8-2019 12:31 PM
mdhelmi: saya nampak pakcik berkopiah


itu hanya bayangan anda{:sing
Quote rayriff 2-8-2019 12:33 PM
suduseno replied at 2-8-2019 11:59 AM
Siap angkut naik lori x tahan. Ni baru susu kalau dajal tabur duit berkicau lari amek duit. #donedak ...

auch tapi ada kebenaran. ini baru ujian sedikit, Allah terbalikkan lori boleh tau siapa yang baik siapa yang kutip bawak balik minum bagi anak cucu satu keluarga makan.

lepas tu pelik kenapa tak jadi orang. pengajaran untuk diri sendiri jugak. moga diorang tau ni sama da pulang balik or ganti kalau dah terguna.kalau budak2 faham la tak pandai fikir.
Quote shernazz 2-8-2019 12:53 PM
Iols susu segar
Rupanya susu tin
Choi la merembat x hengat
Sure yang tengah minum teh susu..tersedak baca status mek ni...
Quote dodolgemok 2-8-2019 12:55 PM
Ummah budu biasalah. Nnti keluarkan dalil nak halalkan kecurian ni. Org dh ditimpa malang pon nak ambil kesempatan lgi. Busuk2 pon Melayu kita jugak kan? Kahkahkah
Quote dodolgemok 2-8-2019 12:56 PM
natrahn replied at 2-8-2019 12:07 PM
Mungkin ada salah faham. Katanya pemilik lori bagi kebenaran ambil susu... sedangkan awal lagi pem ...

Bukan salah faham, tu buat cerita sendiri. Mesti ada sorang yg start buat cerita kata kotak dh kemek xboleh jual, so dia cakap pemilik suruh ambil je. Gila ke apa org2 cmni.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042222 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top