|
Sayu hati! Kanak-kanak lelaki yang dihempap peti ais pada 12 Julai lalu dilaporkan belum mampu berdiri dan bertutur meskipun sudah tiga minggu menerima rawatan.
Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak itu sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. “Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama,” kata bapanya Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33. “Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya lagi. Terdahulu, Muhammad Fawwaz Adli, 5 sudah menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar wad semalam.
Dia mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang dalam satu kejadian di rumahnya di Nilai. - CARI
|
anilas85 replied at 2-8-2019 02:14 PM
anak2 aku suka bukak tutup peti ais..geram aku, kadang main sentap je peti ais tu...takut betul kala ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.146020 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.