CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Muda Bercerai Sebab Suka Share Luar Dalam Rumahtangga"- Datuk AC Mizal

2-8-2019 03:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22436| Komen: 129|Original author: Oleh: Shimmer Shine





"Bila kahwin atas dasar cinta, itu yang jadi masalah sebab cinta sebenarnya banyak yang berpura-pura."

Sedih dengan penceraian rakan-rakan artis masa kini, Datuk AC Mizal menegaskan yang perkahwinan bukan sekadar nafsu dan cinta semata-mata. Apatah lagi artis yang bercerai berai terdiri dari kalangan selebriti muda! Sangat mengecewakan.

Menurut pemerhatian pengacara senior ini, kebanyakan selebriti bawah 30-an terlalu obses dengan media sosial.  Jadi, semua perkara hendak diceritakan kepada khalayak hingga tidak menyimpan langsung perkara peribadi yang tidak wajar dikongsi. Hal ini membuatkan orang luar atau warganet boleh campur tangan, memberi pandangan sehinggakan mengucar-ngacirkan situasi.


Kredit foto: IG
Apa yang dapat saya simpulkan, artis muda yang terlalu obses media sosial ini memberi 
ruang orang luar masuk campur rumah tangga mereka. Sebenarnya kita tidak perlu kongsi 
segala-galanya di media sosial kerana banyak yang berpura-pura."

Bagi AC pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung. 

Selain itu, AC turut berkongsi rahsia kebahagiaan dengan isteri, Datin Emylia Rosnaida adalah kerana kepercayaan dan persefahaman selama 17 tahun ini seperti yang diceritakan kepada Media Hiburan. Paling penting adalah bilik tidur!

Kredit foto:

"Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur 
yang kemas sebab inilah tempat untuk berdua-duaan dengan isteri. 
Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, balik kerja dengan kepala kusut, memang boleh timbul pergaduhan."

Bagi AC, suami dan isteri perlu menjadi kawan baik untuk berkongsi segala masalah dan ianya membolehkan mereka bekerjasama. Jika masing-masing berahsia, lebih baik tidak berkahwin. 

Nampaknya, pasangan artis yang muda-muda ini boleh mengambil pandangan dari AC ini. Tetapi, mesti ada pembaca yang akan mengaitkannya dengan kisah perkahwinannya terdahulu kan? Ambil sahaja yang baik-baik, okey - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dineo 2-8-2019 03:23 PM
berapa lama dia kawen dgn shafnie sblm
bercerai dan kawen dgn emelia

bg iols maybe emelia nampak buruk kat mata netizen , tapi dia nampak nya isteri yg baik buat ac sbb mendengar kata

bukan semua pompuan nak tinggalkan dunie seni lepas kawen

emelia dan dp eina azman mmg ada same traits yg buat laki kekal dgn depa
Quote Nana_Man 2-8-2019 03:23 PM
Jadi dulu dia cerai pasal bilik tido tak kemas eh???
Quote chicozinn 2-8-2019 03:25 PM
nafkah anak2 ngan bini lama acaner tu tok?jgan asyik menelek tin tinted je smpai lupa tanggungjawab
Quote little_sis 2-8-2019 03:28 PM
dia pun masa muda bercerai gak kan.. ikut le rezeki jodoh memasing..
Quote TabletSusu 2-8-2019 03:28 PM
AC.. lebih baik ko jgn mula kan. x pasal nnt keluar kisah lama
Quote fliphair8 2-8-2019 03:36 PM
aku setuju ape dia cakap, walopun it shouldn't come from him sebab track record dia pun tak cantik sangat. suka nau share kat socmed pasal laki bini, kena komen ngan bebawang rangers dah nangis. ujung2 bole sakit mental katenya. ahhh motip hakak menaip pepanjang.
Quote riyadhK 2-8-2019 04:00 PM
I masuk sini nak baca hencapan forumer kat tokgelang je. Hahahahahahaha
Quote clarizsa 2-8-2019 04:04 PM
Puiiiiiii
Dia sndri pun cerai dulu

Pfftttt
Quote belilies 2-8-2019 04:10 PM
Anak beranak perasan vogeh tapi hauk.
Quote becir 2-8-2019 04:30 PM
Part dia cakap pasal being friends with each other Tu mmg betul. Kalau ngan partner Kita senang nak kongsi apa2 masalah/cerita, Xkan timbul kes carik 'kawan' kat luar..
Quote jijilaaa 2-8-2019 04:33 PM
kesian anak2 bekas isteri, tak de pun nak ditunjuk
Quote RatuDunia94 2-8-2019 04:37 PM
Grinch buat hidung g mekah x kena panah petir ke?
Quote mizruncing 2-8-2019 04:45 PM
ehhh ckp dgn cermin ke kahkah
Quote hzln 2-8-2019 04:45 PM
Biasa yg merempan kat media sosial tu sbb pasangannya curang
Ko pun cerai berai sbb curang
Cakap tak pandang cermin langsung
Quote nuryakmal 2-8-2019 04:45 PM
siri bercakap dengan cermin?
Quote tulanglampai 2-8-2019 04:49 PM
saya tengah tunggu komen yg pedas2. berikan lagi
Quote AshkieLa 2-8-2019 04:56 PM
dulu ko pun pernah heboh kat media cakap ex-bini ko ade bf sealam cenggitu... kan?
ni dah tua acah2 muda dulu tak mcm gitu jugak
Quote miss_sepet 2-8-2019 05:04 PM
Cam tak sesuai je dia nak nasihat nasihat orang cenggini
Quote amimikey 2-8-2019 05:09 PM
blonde hair bininya aside, betul cakap dia. retis suka naw share benda ngarut2 luar dalam kain semua keluar.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039225 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top