Jenayah paling terkutuk sebenarnya adalah rogol darah daging sendiri, penjenayah sebegini memang patut dihuman dalam penjara!
Tetapi, apa akan berlaku jika "geng jahat" pun tak boleh terima tindakan rogol anak sendiri ini? Memang bila masuk penjara kena belasah kan! Dilaporkan Cocounut.Indonesia kisah seorang lelaki yang berbini 5 tapi masih sanggup merogol anaknya sendiri.
Dikatakan, lelaki itu yang bernama Sugeng Slamet sudah merogol anak perempuannya sendiri sejak mangsa berusia 16 tahun. Dia melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak sekurang-kurangnya 50 kali. Mangsa hanya membuat laporan polis selepas berusia 20 tahun, takut agaknya. Bila polis dapat laporan, Sugeng ditangkap. Dia ditahan reman sementara menunggu perbicaraan. Malangnya, dalam tahanan reman bila tahanan lain dapat tahu dia rogol anak sendiri, dia dibelasah walaupun dalam penjara itu pun orang jahat juga. Sampai polis terpaksa memindahkan Sugeng ke bilik tahanan persendirian supaya dia selamat tak mati kena belasah. Padan la muka tu. "Geng jahat" pun tak boleh terima jenayah rogol anak sendiri ini. - CARI |
ADVERTISEMENT