Semakin banyak isu yang berlaku sejak kebelakangan ini di antara guru sekolah dan penjaga kepada pelajar. Namun, apa yang menarik di Sekolah Menengah Convent St Cecilia Sandakan, Sabah ini apabila seorang guru wanita sanggup menggunakan wang ringgit miliknya untuk memberi makanan percuma kepada pelajar sekolah tempatnya mengajar.
Motto: Sebarkan kasih sayang! Maisarah Hannan merupakan guru kaunselor di sekolah terbabit dan juga peneraju utama bagi projek ini. Berbekal dengan motto 'Spread the Love', beliau melakukan perkara itu sejak dari tahun lalu lagi. Seminggu tiga kali beri makanan! Idea tersebut muncul setelah melihat ada segelintir pelajar terutamanya dari kawasan terpencil tidak mempunyai makanan bagi mengisi perut yang lapar. Usahanya itu turut disertai beberapa tenaga pengajar lain. Sebelum ini, dia hanya mampu memberi 20 set kuih, tetapi kini dia boleh membekalkan 50 paket makanan seperti nasi dan mi kepada pelajarnya. Makanan akan disediakan pada setiap hari selasa, rabu dan jumaat. Seronoknya dapat cikgu baik hati macam ni! Semoga cikgu dan rakan-rakan dilimpahkan rezeki. - CARI
|
batmana replied at 16-8-2019 11:53 AM
kenapa tulisan cina atas,
tulisan bahasa kebangsaan di bawah?
ADVERTISEMENT