Lanjutan daripada kes orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran dari lori terbalik di Bachok baru-baru ini, pihak polis dikatakan sudah membuka kertas siasatan.
Harian Metro melaporkan pihak polis sudah menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori, Mohd Baihaqi Azizan, 25 pada Rabu lalu. “Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa sebagai pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu terbabit. “Bagaimanapun, pemilik lori tidak pernah memberi kebenaran seperti itu. Susulan itu, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” kata Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah.
Terdahulu, kecoh di laman maya apabila sebuah rakaman video menujukkan para penduduk mengutip susu dari sebuah lori yang terbalik di Bachok. Manakala, media tempatan melaporkan orang ramai dirayu agar memulangkan kembali susu yang diambil tanpa kebenaran itu. Difahamkan, sudah ada di kalangan orang ramai yang menghantar semula susu itu ke lokasi kemalangan dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok. - CARI |
white_musk replied at 2-8-2019 05:24 PM
janji bertudung dan berkopiah lebai. Insya allah selamat dunia akhirat walaupun mencuri. Ameen
msdummy.2018: wow..smpi nk kena report polis br nk pulangkan...aku rasa-rasa yg pulang tuh pun yg dlm video tuh jer..yg xder dlm video????
msdummy.2018: wow..smpi nk kena report polis br nk pulangkan...aku rasa-rasa yg pulang tuh pun yg dlm video tuh jer..yg xder dlm video????
ADVERTISEMENT